Hospital Cyberjaya beroperasi sepenuhnya sebagai hospital awam

Hospital Cyberjaya beroperasi sepenuhnya sebagai hospital awam

HOSPITAL Cyberjaya akan dioperasikan sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan tidak akan diswastakan.

Pada masa sama, sebahagian daripada bangunan dalam kawasan Hospital Cyberjaya juga akan beroperasi sebagai Klinik Kesihatan Cyberjaya bagi rawatan pesakit luar yang akan mula beroperasi 1 November depan.



Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khairy, keputusan untuk mengoperasikan hospital tersebut sebagai hospital awam telah dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Jumaat lalu.

Kata beliau, Hospital Cyberjaya juga akan beroperasi sebagai Hospital Pakar Major secara berfasa mulai 11 November depan.

“Hospital ini akan menawarkan sebanyak 14 bidang kepakaran dan perkhidmatan kesihatan termasuk perkhidmatan kecemasan; perubatan am, pembedahan am, Obstetrik & Ginekologi (O&G), pediatrik, ortopedik, psikiatri dan kesihatan mental dan pergigian.



“Di peringkat awal fasa pengoperasian, hospital ini akan melaksanakan enam perkhidmatan kepakaran iaitu Jabatan Kecemasan; Jabatan Perubatan; Jabatan Pembedahan dan Jabatan Anesthesiologi; Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik serta Ginekologi,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini, Jemaah Menteri pada 5 Mei 2021 telah bersetuju secara prinsip dengan hala tuju pengoperasian Hospital Cyberjaya dilaksanakan melalui model kerjasama awam-swasta berkonsepkan sewaan dengan terma dan syarat serta perbincangan terperinci diterajui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Khairy turut menyedari keperluan mendesak untuk sebuah klinik kesihatan baharu di daerah Sepang bagi mengurangkan kesesakan yang dihadapi di Klinik Kesihatan Dengkil.

Justeru, beliau telah memutuskan supaya sebuah klinik kesihatan baharu dibuka di Cyberjaya bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di daerah Sepang dan kawasan sekitarnya.



“Pengoperasian Hospital Cyberjaya sebagai sebuah hospital awam dan pembukaan Klinik Kesihatan Cyberjaya akan memberikan akses perkhidmatan kesihatan kerajaan yang berkualiti dan menyeluruh kepada penduduk sekitar.

“Langkah ini sekali gus akan mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di fasiliti kesihatan berhampiran iaitu Hospital Serdang; Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya,” jelas beliau. Utv

Hospital Cyberjaya beroperasi sepenuhnya sebagai hospital awam


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun



Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker