Menteri masih berfungsi seperti biasa dalam kerajaan sementara

Kabinet yang diterajui Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berfungsi sebagai kerajaan sementara atau “caretaker” dengan mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun Parlimen telah dibubarkan hari ini, kata Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Bagaimanapun, dia berkata Kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.

“Menteri dan timbalan menteri berfungsi seperti biasa dalam kerajaan ‘caretaker’ cuma tidak boleh membuat keputusan mengenai dasar dan polisi baru,” katanya ketika diminta memberi pandangan mengenai fungsi Kabinet ekoran pembubaran Parlimen.



Mohd Zuki berkata Kabinet juga boleh meneruskan pelaksanaan dasar dan keputusan yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubarkan.

Dia berkata keadaan ketika ini berbeza dengan pentadbiran terdahulu apabila perdana menteri meletak dan melepaskan jawatan pada 2020 dan 2021.

Mohd Zuki berkata ketika itu apabila perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Muhyiddin Yassin meletak jawatan, Kabinet mereka secara serta-merta terbubar.

Namun, katanya dalam keadaan sekarang, hanya Parlimen sahaja yang dibubarkan.



“Jemaah menteri masih lagi boleh bermesyuarat terutama apabila berlaku bencana dan sebagainya,” katanya.

Perdana menteri semalam dalam perutusan khasnya mengumumkan pembubaran Parlimen Penggal Ke-14 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

-Bernama

Menteri masih berfungsi seperti biasa dalam kerajaan sementara



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker