Gabungan diketuai Mahathir yakin menang PRU-15

KUALA LUMPUR: Gagasan Bangsa yang menghimpunkan badan-badan bukan parti parti politik bernaung di bawah Gerakan Tanah Air (GTA) yakin menang kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jurucakap Jawatankuasa Pemandu Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya berkata, beliau meletakkan keyakinan itu berdasarkan pertambahan jumlah pengundi baharu dan pengundi muda yang akan memihak kepada GTA.



“Sudah pasti kita akan yakin akan menang sebab kita tahu sekarang ini 5.8 juta pengundi baharu dan 1.2 juta adalah pengundi muda, jadi Insya-Allah, kami rasa, dengan seruan yang kita buat ini kita mampu menang kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media pelancaran Gagasan Bangsa di pejabat Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) di Wisma Melayu di sini semalam.

Sidang media itu dilakukan serentak dengan pengumuman pembubaran Parlimen Ke-14 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam  yang membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Ketua Penerangan GTA, Datuk Nizam Mahshar; Ahli Jawatankuasa GTA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican dan wakil Gagasan Bangsa, Ahmad Zakie Ahmad Shariff dan Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri.



GTA dilancarkan secara rasmi Ogos lalu dianggotai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), IMAN, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Berjasa serta mensasarkan 120 kerusi Parlimen pada PRU-15.

Sementara itu, Nizam berkata, GTA masih belum memutuskan senarai calon dan kawasan pilihan raya mewakili Gagasan Bangsa dan parti-parti komponen utama GTA dalam PRU-15.

Beliau menganggap isu calon dan senarai kawasan Parlimen bukan menjadi masalah besar kerana ia boleh dirunding kemudian bagi mengelakkan pertindihan kerusi sesama parti komponen.

“Kami akan umumkan di mana dan siapa calonnya nanti. Lagipun, Parlimen baru sahaja dibubarkan tadi. Saya rasa tiada masalah kerana mereka bersama dalam gagasan ini adalah mereka yang ikhlas dalam perjuangan.



“Cabaran lebih besar adalah parti politik lain dengan jentera mereka serta duit yang cukup banyak untuk dilambakkan. Saya dengar dengar banjir ini pun akan dijadikan medan untuk mengedarkan goodies pilihan raya, jadi mereka mengambil tragedi itu sebagai kesempatan untuk menjual jenama politik mereka,” katanya. –UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker