BN Perak serah 126 nama calon untuk pertimbangan

PRU15

BN Perak serah 126 nama calon untuk pertimbangan

Barisan Nasional (BN) Perak menyenaraikan 126 nama sebagai calon cadangan untuk dipertimbangkan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi BN Perak, Saarani Mohamad.

Saarani yang juga menteri besar Perak berkata, BN Perak sudah menyerahkan senarai calon untuk pertimbangan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi dan pucuk pimpinan parti, setelah diminta berbuat demikian.

Tanpa menyatakan bilangan muka baharu dan lama yang terlibat, katanya, mereka yang dicalonkan itu berdasarkan kriteria ditetapkan pucuk pimpinan.

“Nama yang dipersembahkan membabitkan wakil rakyat sedia ada dan calon yang berpotensi serta disukai rakyat,” katanya selepas majlis Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Daerah Kerian di sini.

Saarani berkata, turut tersenarai untuk pertimbangan ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, setelah Umno Padang Rengas mencalonkannya.

Perak mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa semalam untuk memberi laluan kepada PRU15, selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Saarani akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada 2 petang esok bagi mendapatkan perkenan untuk membubarkan DUN Perak. FMT

BN Perak serah 126 nama calon untuk pertimbangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker