Bapa bunuh anak, cemburu bekas isteri temui pasangan

Cubillos (kiri) membunuh anaknya kerana cemburu setelah bekas isterinya menemui pasangan baharu. – Newsflash

BOGOTA – Seorang lelaki di Colombia ditahan polis kerana mencekik anak lelakinya sehingga mati sebelum menghantar gambar mayat mangsa kepada bekas isterinya, lapor akhbar Mirror UK baru-baru ini.

Gabriel Enrique Gonzales Cubillos, 50, meninggalkan mayat anaknya, Gabriel Esteban, 5, di sebuah bilik hotel di Cundinamarca selepas membunuh mangsa.

Lelaki itu ditahan semasa pemeriksaan lalu lintas, manakala media tempatan melaporkan bahawa suspek cuba merasuah polis supaya membiarkannya melarikan diri.

Polis percaya suspek melakukan pembunuhan tersebut kerana bekas isterinya menemui pasangan baharu.



Cubillos didakwa menculik anaknya pada 2 Oktober lalu sebelum dituduh membunuhnya dengan cara yang mengerikan pada pagi keesokan harinya.

Dia kemudian menghantar gambar mayat mangsa kepada bekas isterinya, Consuelo Rodriguez dan mengaku melakukan jenayah itu.

“Dia (mangsa) tidak menderita. Kini anda boleh berseronok sendirian dengan Edilson dan Wesly tanpa Tricitico dan lebih-lebih lagi saya. Tahniah,” demikian mesej yang dihantar menerusi aplikasi mesej WhatsApp.

Identiti individu  lain yang disebut di dalam mesej berkenaan belum dikenal pasti.



Consuelo segera menghubungi polis dan mereka kemudian melancarkan gerakan memburu suspek.

Esteban ditemui mati di Hotel El Rey di Melgar, demikian menurut media tempatan. Dia dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker