Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
Bagaikan tiada kesudahan pertikaman lidah antara Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di media sosial.
Malah bertambah panas apabila kedua-dua pihak dilihat semakin ‘pedas’ dalam siri sindir-menyindir masing-masing termasuk status terbaharu Menteri Besar itu di Facebook miliknya malam tadi.
“Wow!Wow!!! Bahasa terindah untuk perpaduan, untuk Melayu Islam kita pulak tuu…Contoh teladan terbaik daripada seorang pemilik kelab bola sepak untuk pemujanya dan sekali yang berjiwa mentimun… Semua salah ada pada orang lain, dia semua betul…,” tulisnya.
Menggunakan slogannya yang popular ketika ini ‘Panaih Takpa Jangan Koyak’, beliau turut memuat naik tangkap layar satu komen Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang meminta pemilik Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar menasihatinya.
Memetik kata-kata reaksi tersebut yang akhirnya dipadamkan oleh pemilik Instagram berkenaan, antaranya menyifatkan tindak-tanduk Muhammad Sanusi itu mampu memecah belahkan penyokong bola sepak Kedah dan Johor.
“Sudah tiba masanya untuk beliau jaga sikap dan bawa diri sebagai Menteri Besar dan bukannya Badut. Semoga Allah SWT berkati Tan Sri.
“A leader will give birth to more leaders, a clown will give birth to more clown (Pemimpin akan melahirkan lebih banyak pemimpin, badut akan melahirkan lebih banyak badut),” tulis Tunku Ismail.
Pertikaman lidah antara kedua-dua pihak itu tentu sahaja sekali lagi memanaskan alam maya dengan pelbagai reaksi warganet.
Selasa lepas, seperti dijangka pasukan Harimau Selatan terus mengaum apabila menundukkan KDA, 3-1 walaupun beraksi dengan 10 pemain di Stadium Darul Aman.
Muhammad Sanusi bagaimanapun dilihat meluahkan rasa tidak puas hati keputusan tersebut secara berselindung menerusi hantaran yang memuat naik video aksi perlawanan seolah-olah mempersoalkan gol dijaringkan lawan itu offside malah JDT juga diberikan penalti. Utusan
Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
Baca Artikel Menarik:
- PAS Terengganu buat pusingan U, mahu suburkan kembali MN
- Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang [VIDEO]
- Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar lucah dari Akhi Fairuz
- Pemimpin DAP berbalah, Guan Eng ‘sound’ Ronnie Liu
- Datuk Bandar Shah Alam ditahan kes tender tebatan banjir: SPRM
- PAS bersedia hadapi PRU tanpa BN-UMNO
- Pensyarah ’lucah’ dipecat, doa saya termakbul – bekas siswi
- PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH
- InsyaAllah PRU sebelum banjir – Zahid
- Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)
- PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain
- Bintang filem lucah UK takut mahu berlakon ekoran penularan penyakit sifilis di Eropah
- Ejen kosmetik diculik berjaya diselamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee
Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?