Polis lepaskan tembakan, 36 penunjuk perasaan maut

TEHERAN: Sistem komunikasi lumpuh di bandar Zahedan di selatan Iran kelmarin selepas Ketua Perisik Pengawal Revolusi Iran (IRGC) ditembak mati ketika bertempur dengan penunjuk perasaan.

Kumpulan militan al-Adl mengaku bertanggungjawab menembak mati Ali atas alasan memperjuangkan kebebasan Sistan dan Balochistan.

Beberapa rakaman menunjukkan orang ramai mengusung mayat penunjuk perasaan yang terkorban, termasuk mereka yang cedera akibat rusuhan tersebut.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh, manakala media tempatan melaporkan, angka korban meningkat 36 orang dengan puluhan lagi cedera.

Agensi berita IRNA pula melaporkan kumpulan pemisah bersenjata menyerang balai polis di Zahedan, menyebabkan 19 terbunuh, termasuk anggota IRGC.

IRNA yang memetik gabenor wilayah tersebut, Hosseon Modaresi juga mengesahkan 19 maut, selain 32 anggota IRGC cedera.

Dalam pada itu, kematian Ali disifatkan memburukkan lagi demonstrasi antikerajaan di Iran yang bermula sekal pertengahan September lalu menerusi kematian seorang wanita, Mahsa Amini yang didakwa dipukul ketika dalam tahanan polis kerana tidak memakai tudung.

Ribuan rakyat negara ini turun ke jalanan sejak dua minggu lalu bagi membantah layanan polis terhadap penduduk awam, terutamanya golongan wanita.

Siri protes itu juga mendapat sokongan daripada pelbagai kumpulan etnik dan stesen televisyen Iran memberitahu, sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dalam siri demonstrasi yang bermula sejak 17 September lalu.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker