The Line bangunan terpanjang di dunia

The Line bangunan terpanjang di dunia

Riyadh: Projek Neom Arab Saudi bernilai AS$500 bilion (RM2.24 trilion) mencatat rekod tersendiri apabila akan menjadi ‘rumah’ kepada pencakar langit sepanjang 120 kilometer dikenali sebagai Mirror Line.

Menurut dokumen yang dilihat The Wall Street Journal (WSJ), struktur terbesar di dunia itu membabitkan dua bangunan setinggi 490 meter serta berbentuk linear atau lurus.



Menariknya, struktur terbabit akan dihubungkan dengan laluan pejalan kaki dan kereta api berkelajuan tinggi di bawahnya.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman berkata, The Line di bawah projek Neom akan menjelmakan keadaan masyarakat bandar pada masa hadapan.

Katanya, reka bentuk The Line yang mengutamakan manusia, sekali gus memberikan pengalaman hidup bandar yang belum pernah berlaku sebelum ini serta memelihara alam semula jadi.



“Idea bandar berfungsi secara menegak, memberikan orang ramai pengalaman bergerak dengan lancar dalam tiga dimensi untuk mengaksesnya adalah konsep yang dirujuk sebagai Graviti Urbanisme Sifar,” katanya seperti dilaporkan The National.

Menurutnya, keseluruhan jalur pantai sepanjang 170 kilometer di barat laut Arab Saudi akan bebas daripada kereta dan jalan raya dengan matlamat sifar pelepasan karbon.

Mirror Line adalah salah satu siri projek yang membentuk Neom.

Mirror Line direka Morphosis Architects yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan projek itu membabitkan pelbagai perunding kejuruteraan serta mengandungi sekurang-kurangnya sembilan reka bentuk.



Mereka mencadangkan membinanya secara berperingkat dengan mencipta struktur sepanjang 790 meter dengan ketinggian berbeza-beza sehingga 490 meter yang akan bersambung dalam satu barisan.

Putera Mahkota Mohammed Salman sebelum ini mengumumkan rancangan untuk mewujudkan komuniti linear yang dijangka menelan kos sehingga satu trilion dolar dan apabila siap ia mampu menempatkan kira-kira lima juta orang.

Empat pembangunan lain termasuk Teluk Neom, Wilayah Aqaba, Gunung Neom dan Bandar Perindustrian Neom turut akan dibina mengelilingi projek terbabit.

Terdapat juga projek yang dirancang bernama Vault iaitu sebuah resort yang dibina di lereng gunung.



Diumumkan Putera Mohammed pada 2017, Neom ialah perniagaan utama Arab Saudi dan pembangunan pelancongan di pesisir Laut Merah dan projek utama dalam Wawasan 2030 yang menggariskan rancangan kerajaan untuk mempelbagaikan ekonomi.

Pembangunan itu akan merangkumi bandar dan bandar pintar, pelabuhan dan kawasan perusahaan, pusat penyelidikan, tempat sukan dan hiburan serta pusat pelancongan.

Ia akan mempunyai keluasan 26,500 kilometer persegi dan akan terdiri daripada beberapa zon, termasuk kawasan perindustrian dan logistik.

Berdasarkan perancangan awal, Ketua Pelancongan Neom berkata, kawasan itu diramal menjadi penempatan kepada jutaan orang menjelang 2030. HM



The Line bangunan terpanjang di dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker