Anwar dipelawa lawan pengkhianat di Tambun

Anwar dipelawa lawan pengkhianat di Tambun

DAP Perak mempelawa Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen negeri itu kerana ketokohan presiden PKR amat diperlukan untuk membantu Pakatan Harapan (PH) merampas semula Perak.

Pengerusinya, Nga Kor Ming, berkata berdasarkan rekod tiga pilihan raya umum (PRU) lalu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti bertanding amat tipis dan seimbang.

“Jika beliau datang, saya yakin bukan saja beliau akan menang, tetapi akan membantu kita memenangi semula kerajaan Perak. Jangan lupa, Perak sudah tiga penggal 50-50,” katanya menurut Sinar Harian.

Nga turut mencadangkan Anwar bertanding di kerusi disandang ‘pengkhianat’ PH, iaitu Parlimen Tambun yang diwakili Ahmad Faizal Azumu.

“Anwar kata dia nak bertanding di kawasan pengkhianat. Jangan lupa di Tambun ada pengkhianat yang cukup besar, mana dia bertanding, saya tunggu saja,” katanya.

Beliau berkata, DAP tidak menetapkan lokasi khusus untuk Anwar bertanding, sebaliknya pelawaan itu untuk memberi kelebihan kepada Perak, jika pengerusi PH itu menjadi perdana menteri. FMT

Anwar dipelawa lawan pengkhianat di Tambun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker