Sanusi ‘serang’ JDT lagi

Sanusi ‘serang’ JDT lagi

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa tindakan Johor Darul Ta’zim (JDT) membeli pemain Kedah dan diletakkan di bangku simpanan mencetuskan suasana ‘panas’.

Dalam satu video yang tersebar di media sosial, Muhammad Sanusi dilihat menjelaskan skuad Harimau Selatan sanggup menebus kontrak untuk mendapatkan pemain berbakat Kedah.

Tanpa menyebut nama pemain itu, ia dipercayai merujuk kepada tindakan JDT yang mendapatkan Akhyar Rashid pada 2018.

“Kalau badan tertinggi bola sepak takut kepada seorang saja, lagu mana bola sepak ini nak berkembang di tempat lain.

“Johor ini kita panas bab bola saja, pasal dia beli pemain Kedah, dia simpan di bangku simpanan, tu kita hangat. Budak itu budak baik, budak pandai, budak hebat. Kita latih daripada bakat remaja, kita cungkil dia.

“Dia tengah rancak dengan kita, hebat. Dia (JDT) beli budak itu, pecah kontrak, dia ambik letak di bangku simpanan. Kita bawa kes ke FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), FAM tak berani bicara kes itu,” katanya dalam video berkenaan.

Difahamkan video berkenaan ketika Muhammad Sanusi berucap dalam satu majlis di Alor Setar dan ada media melaporkan ia berlangsung kelmarin.

Pada Disember 2018, Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan keputusan bahawa Akhyar hanya perlu membayar sebanyak RM210,000 untuk menebus baki kontraknya bersama KFA untuk berhijrah ke pasukan lain, manakala pasukan baharunya harus membayar RM75,000 kepada KFA. HM

Sanusi ‘serang’ JDT lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker