Kerajaan akan dedah siasatan buku Tommy Thomas – Ismail

Kerajaan akan dedah siasatan buku Tommy Thomas – Ismail

Kerajaan akan mendedahkan laporan Pasukan Khas Siasatan ke atas dakwaan dalam buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” yang ditulis oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

“Insya-Allah kita akan dedahkan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ringkas selepas ditanya sama laporan yang telah dibentangkan Pasukan Khas Siasatan kepada Kabinet semalam boleh diekses oleh umum.

Ismail Sabri ditemui selepas hadir pada Perhimpunan Khas Perdana Menteri bersama warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini.



Pergerakan Pemuda UMNO semalam berharap laporan Pasukan Siasatan Khas terhadap buku tulisan bekas Tommy boleh didedahkan kepada umum.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataannya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengarahkan siasatan lanjut terhadap kemungkinan salah laku oleh Tommy.

Asyraf Wajdi berkata, arahan Perdana Menteri membuktikan tindakan yang dibuat pihaknya terhadap Tommy sebelum ini adalah tepat.

Semalam Perdana Menteri mengarahkan siasatan lanjut terhadap kemungkinan salah laku oleh bekas Peguam Negara yang dilantik ketika Pakatan Harapan mentadbir negara.



Katanya, berdasarkan siasatan yang dibuat, pasukan itu mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian professional dan kenyataan berbaur hasutan.

Siasatan lanjut terhadap Tommy dilaksanakan mengikut Seksyen 124I Kanun Keseksaan; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 Perdana Menteri berkata, laporan itu disediakan oleh pasukan berkenaan dalam tempoh sembilan bulan, bermula Disember 2021 sehingga Ogos 2022. Buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”, yang diterbitkan Thomas mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati pelbagai pihak kerana disifatkan bertentangan dan melanggar sumpah jawatan.

Selain itu, buku terbabit turut menyentuh mengenai peristiwa 13 Mei 1969, yang didakwa ditulis dengan tidak bertanggungjawab tanpa mengira sensitiviti masyarakat, selain tuduhan yang bertujuan merendahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Pasukan petugas khas itu dipengerusikan Joo Chung, dengan anggotanya terdiri daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Hashim Paijan dan bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat merangkap bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Datuk Dr Junaidah Kamaruddin.



Ahli lain, bekas Hakim dan Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Jagjit Singh; peguam, Datuk Shaharudin Ali dan K Balaguru. Mereka turut disertai wakil daripada kementerian dan jabatan yang berkepentingan seperti Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO). Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bertindak sebagai urus setia bagi jawatankuasa berkenaan. MG

Kerajaan akan dedah siasatan buku Tommy Thomas – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker