Pelanggan dobi terkejut jumpa ular sawa dalam mesin basuh

Ular sawa berukuran 1.8 meter dan seberat 20 kilogram ditemui dalam salah satu mesin basuh di kedai dobi berkenaan. – Gambar/ JBPM
JOHOR BAHRU: Seorang pelanggan yang berhasrat untuk membasuh pakaian di pusat dobi layan diri di Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, di sini, semalam, terkejut apabila menemukan seekor ular sawa di dalam mesin basuh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Mohd Jamal, berkata seramai tiga anggota dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan daripada pemilik dobi itu pada jam 9.41 pagi.
“Pelanggan yang menjumpai ular ketika ingin membasuh baju itu terus memaklumkan kepada pemilik kedai dobi tersebut dan pemilik menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.

“Ular sawa tersebut adalah berukuran 1.8 meter (6 kaki)ki dan seberat 20 kilogram, berada di dalam salah satu mesin basuh dobi itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata ular itu, yang tidak bertindak agresif, ditangkap dalam masa lima minit dengan menggunakan penjerut dan telah dilepaskan di kawasan yang jauh dari penempatan orang awam.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker