Konsert berhampiran masjid, penganjur akan dipanggil

ALOR SETAR – Kerajaan negeri akan memanggil penganjur utama festival di Balai Seni di sini berhubung penganjuran konsert yang mencetuskan rasa kurang senang orang ramai kerana berlangsung di hadapan Masjid Zahir di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, pejabatnya akan menghantar surat rasmi kepada pihak terlibat untuk mendapatkan penjelasan tentang insiden itu yang dianggap mencemar nama baik kerajaan negeri.

“Saya sudah berbincang perkara ini dengan Menteri Besar pada hari ini yang turut melahirkan rasa kesal. Pejabat saya akan hantar surat untuk panggil penganjur utama dan dengar penjelasan mereka.

“Kita akan buat siasatan termasuk di peringkat dalaman kerana penganjur bersama festival ini adalah Lembaga Muzium Negeri Kedah dan saya selaku pengerusi, kita kena tengok kenapa berlaku insiden ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pihak kerajaan negeri tidak mendapat maklumat terperinci tentang pengisian festival berkenaan termasuk konsert itu.

“Kerajaan negeri dan pihak muzium tidak dimaklumkan akan berlangsung konsert seperti ini. Seperti kita tahu bila ada konsert muda-mudi dan nyanyi lagu muda-mudi di khalayak, akan ada menari-nari di bawah.

“Kebenaran termasuk menyediakan tapak di Balai Seni itu adalah untuk festival usahawan muda-mudi sahaja. Apa yang berlaku di konsert itu adalah di luar jangkaan,” jelasnya.

Beliau menambah, ekoran insiden itu kerajaan negeri juga membuat keputusan untuk mengetatkan semua permohonan program atau acara di negeri ini.

“Semua permohonan acara setelah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penganjur juga perlu mendapat kelulusan daripada Pejabat Exco berkaitan. Kita akan teliti semua pengisian acara tersebut dan bagi garis panduan.

“Apa yang ditegaskan oleh Menteri Besar, perkara seperti ini boleh mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T walaupun kita tengok anak muda berseronok dan menarik, jadi kita akan elak perkara seperti ini berlaku lagi pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai Seni berdekatan Masjid Zahir di sini semalam.

Menurut Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad, MBAS melahirkan rasa kesal dengan tindakan penganjur terlibat yang disifatkan melanggar peraturan selain menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat negeri ini.

Sebelum itu, tular di media sosial rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan ratusan penonton terdiri daripada anak muda dengan pelbagai aksi di Balai Seni di sini.

Acara berkenaan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai memandangkan ia diadakan tidak jauh daripada Masjid Zahir itu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker