Pakatan Harapan cuba takutkan rakyat macam takut cerita hantu

SHAH ALAM – Pakatan Harapan jangan menakutkan rakyat dengan menjadikan keputusan perbincangan pemimpin ‘Top 5’ UMNO bersetuju untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini seakan-akan omongan ‘cerita hantu’.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, apabila musuh-musuh UMNO cuba memainkan naratif keputusan PRU15 bakal diadakan tahun ini kononnya akan berserentak dengan waktu banjir, mereka seolah-olah cuba mengambil alih kerja tuhan.

Hakikatnya, bekas Menteri Besar Johor itu menjelaskan dakwaan retorik pembangkang dan PN sebenarnya hanya alasan mereka yang tidak mahu pilihan raya umum diadakan segera sedangkan tuntutan itu sangat penting untuk rakyat memilih kerajaan lebih stabil bagi menguruskan isu dan cabaran semasa lebih mencabar tahun hadapan.



“Pertamanya, bila dikatakan rakyat akan hukum UMNO-BN sekiranya PRU15 diadakan pada musim banjir, saya hendak tanya perkara itu sudah berlakukah? Jangan kita hendak buat kerja tuhan.

“Jangan kita hendak takutkan orang ramai dengan seolah-olah menceritakan (keputusan) PRU15 diadakan tahun ini macam cerita hantu.

“Ini soal hasrat, kalau (pembangkang dan PN) kata tidak mahu, cakap tidak mahu sahaja. Kalau UMNO-BN kata mahu PRU dan pembangkang tidak mahu, itu memang tidak memeranjatkan kerana sudah jadi pendekatan pembangkang untuk berbeza dengan kita,” katanya kepada Sinar Premium.

Ismail Sabri hadir Perhimpunan Khas Perdana Menteri bersama warga NUTP di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADRE pada Sabtu. - Foto Bernama
Ismail Sabri hadir Perhimpunan Khas Perdana Menteri bersama warga NUTP di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADRE pada Sabtu. – Foto Bernama

Pada Jumaat malam, mesyuarat MKT UMNO telah mengambil keputusan agar PRU15 diadakan dalam tahun ini juga.



Ia susulan perbincangan pemimpin Top 5 UMNO di sebelah petangnya yang mengambil ketetapan secara konsensus, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden parti berkenaan.

Sebelum ini, ramai penganalisis politik meramalkan Ismail Sabri bakal memohon cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong sebaik sahaja selepas pembentangan Belanjawan 2023 termasuk sesi perbahasan yang akan bermula pada 7 Oktober ini.

Ismail Sabri (kiri) dan Ahmad Zahid - Foto fail Bernama
Ismail Sabri (kiri) dan Ahmad Zahid – Foto fail Bernama

 

Berikutan itu, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) baharu, Rafizi Ramli mengecam keras keputusan itu dan menjangkakan rakyat akan menghukum UMNO-BN pada PRU15 kelak.



Hal ini kerana mereka mendakwa parti itu sanggup mengutamakan kepentingan menjaga kuasa politik berbanding kepentingan menjaga rakyat pada musim bencana banjir kelak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) sebelum ini menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 3 Oktober ini mampu menyebabkan cuaca ekstrem dan berpotensi mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan.

Mengulas dakwaan berlaku kekhilafan pandangan di antara kepimpinan UMNO mengenai persetujuan garis masa PRU15 diadakan dalam mesyuarat MKT pada Jumaat malam, Mohamed Khaled menjelaskan tiada kekhilafan berlaku kerana badan penggubal dasar tertinggi parti itu tidak pernah menetapkan tarikh khusus bila PRU15 sepatutnya diadakan tahun ini.

Ujar Mohamed Khaled, perkara itu sebenarnya diserahkan kembali pemimpin Top 5 dan MKT UMNO itu kepada Perdana Menteri dalam menentukan tarikh bersesuaian bila PRU15 hendak diadakan dengan parti hanya memberi garis panduan kepada beliau sahaja.



Hal ini susulan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Raden memberitahu media bahawa belum ada satu ketetapan tarikh khusus PRU15 diputuskan dalam mesyuarat MKT pada Jumaat malam.

“Tidak timbul isu UMNO terkhilaf dalam menetapkan garis masa bila PRU15 paling sesuai diadakan, melalui mesyuarat MKT dan perbincangan Top 5 malam tadi (Jumaat).

“Sememangnya tiada tarikh khusus ditetapkan. Terpulang kepada Perdana Menteri tentukan bila hendak buat pilihan raya. UMNO hanya memberi guideline (garis panduan) bahawa PRU15 perlu diadakan pada tahun ini.

“Ada tak mana-mana pemimpin UMNO yang keluar daripada mesyuarat MKT malam tadi dan umumkan tarikh PRU? Tiada kan?,” kata beliau lagi.



FITNAH PUAK DAP

 

Ahmad Shabery
Ahmad Shabery

 

Dalam pada itu, Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menepis dakwaan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming kononnya UMNO-BN bersedia untuk menjadikan Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri sekiranya Parlimen dibubar tahun ini dan parti berkenaan menang besar.



Mengulas satu ciapan Twitter Kor Ming yang dinaikkan pada Sabtu, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan ia merupakan fitnah dan satu cerita rekaan bagi menakutkan rakyat.

“Fitnah dan cerita rekaan memang mainan puak-puak ini (DAP dan pembangkang). Goyanglah tu,” balas Ahmad Shabery.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker