Kes denggi di Kedah meningkat 125.8 peratus

Kes denggi di Kedah meningkat 125.8 peratus

ALOR SETAR: Kes denggi di Kedah mencatatkan peningkatan sehingga 125.8 peratus setakat Sabtu lalu dengan dua kes kematian berbanding tempoh sama pada tahun 2021.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata jumlah itu adalah sebanyak 883 kes direkodkan pada tahun 2022 berbanding hanya 391 kes pada tahun lalu.

Menurutnya, penduduk perlu lebih kerap membersihkan kawasan sekeliling rumah yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menjadi punca penyakit demam denggi.

“Kita harap program gotong-royong ini akan menyedarkan kita untuk membersih persekitaran rumah kita kerana penyakit ini disebarkan oleh nyamuk yang membiak di sekitar rumah kawasannya air yang bersih.

“Kita bimbang kes denggi ini akan terus meningkat terutama pada musim tengkujuh nanti, mengikut rekod pada tahun-tahun sebelum ini kes denggi di Kedah meningkat pada musim hujan,” katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.

Jelas Dr Mohd Hayati, tiga kawasan wabak denggi yang masih aktif dikesan di daerah Kota Setar adalah di Mergong, Kota Nelayan dan Taman Seri Putra.

“Jumlah kejadian wabak denggi yang dilaporkan sehingga Sabtu lalu adalah sebanyak 77 wabak berbanding 14 wabak pada tempoh yang sama tahun 2021.

“Daripada 77 wabak denggi, lima kawasan panas berjaya dikawal, 65 wabak sudah tamat manakala tujuh wabak lagi masih aktif,” ujar beliau lagi. –Sinar Harian

Kes denggi di Kedah meningkat 125.8 peratus

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker