Pengorbanan suami menjaga isteri sakit akhirnya terkorban di jalan raya

Abd. Rahim dan Muhammad Farul maut selepas motosikal ditunggangi bertembung di lampu isyarat Simpang Ampat, Melaka, awal pagi tadi.

Pengorbanan seorang suami menjaga isterinya yang sakit tidak berpanjangan apabila dia maut dalam nahas di lampu isyarat Simpang Ampat, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Abd. Rahim Hussin, 74, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Turut maut dalam nahas adalah pekerja kilang, Muhammad Farul Rizuan Zulkiply, 32.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa cuba membuat pusangan U di lampu isyarat untuk menghala ke Alor Gajah.

“Hasil siasatan, Muhammad Farul yang menunggang motosikal jenis SYM Jet X Std telah meneruskan perjalanan semasa lampu isyarat berwarna hijau.

“Bagaimanapun tiba-tiba warga emas berkenaan yang datang dari arah Alor Gajah membuat pusangan U, menyebabkan motosikal mereka bertembung,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujarnya, akibat rempuhan itu kedua-dua penunggang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya difahamkan warga emas berkenaan menetap di Taman Naning dan terpaksa berulang-alik ke rumah anaknya di Alor Gajah bagi menjaga isterinya yang sakit.

“Untuk sementara arwah duduk dengan anaknya di Alor Gajah kerana menjaga isterinya yang sakit di sana.

“Rutin harian arwah akan balik ke rumahnya di Taman Naning untuk beri makan kucing dan ayam, kemungkinan arwah berpatah balik dan buat pusingan U bagi mengambil barang yang tertinggal,” katanya.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker