Pecat tidak cukup, ‘Penyarah Lucah’ wajib diseret ke mahkamah

PETALING JAYA: Pensyarah yang dipecat oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang bekas pelajar perlu didakwa di mahkamah, kata seorang Ahli Parlimen.

Beliau juga menegur Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana tidak bertindak.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto bertanya mengapa kedua-dua kementerian itu membisu mengenai kejadian melibatkan Farah Azuin Abdul Razak, 23, yang menuduh seorang pensyarah mengganggunya secara seksual sejak setahun lepas.

“(Kita) masih belum mendengar daripada menteri pengajian tinggi mahupun menteri dalam negeri. Tiada tindakan oleh kedua-dua kementerian itu,” katanya kepada FMT.



UiTM memaklumkan kelmarin ia telah memecat pensyarah itu serta-merta susulan siasatan dalaman dan keputusan jawatankuasa tatatertib.

Farah telah membuat laporan polis di Tangkak, Johor, pada 2 Jun 2021, mendakwa pensyarah itu menghubunginya pada 12.30 pagi hari itu untuk membuat tinjauan mengenai seks dan telah meminta wanita itu menyertainya dalam kelakuan lucah.

Kasthuri berkata, pemecatan pensyarah itu hanyalah penyelesaian kecil, dan beliau menggesa lelaki itu didakwa di mahkamah.

Beliau turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pensyarah itu kerana cuba merasuah Farah dengan RM20,000 bagi menutup kes itu.



Pensyarah itu memfailkan saman terhadap Farah kerana wanita itu didakwa mendedahkan kehidupan peribadinya dan menyebut nama institusi. Farah menafikan dakwaan tersebut, dengan berkata identiti pensyarah itu didedahkan oleh warganet.

Wanita itu mendakwa saman tersebut bertujuan untuk menakut-nakutkannya selepas beliau menolak tawaran RM20,000 itu.

Sementara itu, All Women’s Action Society (Awam) berkata, penting untuk memastikan kes sedemikian dikendalikan dengan cara yang sensitif, termasuk memberi mangsa kemas kini mengenai perkembangan dan hasil siasatan.

Sebelum UiTM mengumumkan pemecatan itu, Farah telah menzahirkan kekecewaannya kerana institusi itu tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pensyarah itu dan tidak memberi sebarang kemas kini mengenai siasatan dalamannya.



Pegawai maklumat dan komunikasi Awam Jernell Tan menggesa universiti agar menjaga mandatnya dalam mengutamakan dan melindungi kebajikan pelajar.

Tambahnya, pihak universiti sepatutnya menggantung tugas pensyarah itu sebaik menerima laporan kejadian sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan.

Universiti juga harus mempertimbangkan garis masa standard bukan sahaja untuk penyiasatan tetapi juga masa keputusan akan dibuat dan disampaikan kepada pengadu, katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker