PAS larang semua kenyataan media, melainkan kebenaran presiden

Semua pemimpin dan ahli PAS diminta menerima segala ketetapan dibuat parti ketika seluruh jentera pilihan raya PAS diarah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Selain itu, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, sebarang kenyataan media tidak boleh dibuat melainkan dengan kebenaran Presiden PAS Abdul Hadi Awang bagi mengelak timbulnya suasana yang boleh merugikan perancangan dan perjuangan parti, khususnya dalam menghadapi pilihan raya.

“Semua pemimpin dan ahli PAS dikehendaki menjaga serta mematuhi tanzim dan disiplin parti dengan menerima segala ketetapan dan keputusan yang dibuat terutama oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atas dasar wala’ (kesetiaan) dan taat yang tidak berbelah bahagi,” katanya dalam kenyataan.



Menurut Takiyuddin, semua peringkat parti perlu menumpukan usaha memantapkan gerak kerja pilihan raya sebagaimana dirancang, terutama melalui arahan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Beliau berkata, PAS akan terus memberikan khidmat bakti kepada negara dan rakyat selepas PRU15 bersama dengan gabungan muafakat politiknya yang mempunyai matlamat sama.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker