Sajat dikecam pakai bikini

Sajat dikecam pakai bikini

Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ‘panas’ apabila telah dikecam orang ramai berhubung ‘posting’ terbarunya di Instagram hari ini.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Nur Sajat berkata, dia berasa hairan kenapa orang ramai masih mahu mengecam beliau memakai ‘bikini’ sambil menegaskan dia bukannya menetap di Malaysia lagi.

“Korang semua memang tak boleh tengok orang senang, saya dah kata Australia ini negara bebas kenapa nak kena kecam-kecam macam seolah-seolah saya duduk Malaysia.

“Boleh tak selepas ini jangan menyibuk, saya nak pakai ‘bikini’ ke, seluar pendek ke, tak pakai baju ke, saya rasa korang ini memang jenis kecam,” katanya dalam Instagram.

Tambahnya lagi, selepas ini jangan nak kaitkan dia dengan agama dan tolong hormat dia sebagai seorang ‘human being’ kerana beliau kini merupakan seorang ‘transgender’.

“Suka sangat nak kaitkan saya dengan agama, boleh tak hormat saya sebagai ‘transgender’ macam tak boleh terima hakikat langsung, macam korang itu penasihat lepas itu nak ganggu ketenteraman orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Sajat turut menjelaskan dia kini gembira berada di Australia kerana negara itu bebas buat dirinya yang suka berpakaian ‘seksi’.

Terdahulu, pada 18 Oktober lalu, Sajat, telah berhijrah ke Australia selepas dipercayai mendapat kelulusan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Sebelum itu, polis turut mengesahkan Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand bersama seorang lelaki berperwatakan seperti wanita warganegara tersebut ketika serbuan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Pada 9 September lalu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan Imigresen di negara berkenaan dan dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat oleh seorang warga tempatan.

Kosmo! baru-baru ini, melaporkan Sajat bakal tersenarai dalam kalangan individu muflis di negara ini selepas pemfailan pemiutang dilakukan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini . K Online

Sajat dikecam pakai bikini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker