Tawaran diskaun saman dilanjut hingga hujung tahun

Tawaran diskaun saman dilanjut hingga hujung tahun

Polis melanjutkan tempoh tawaran diskaun pembayaran saman sehingga 31 Disember ini.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata ini kerana polis menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai terhadap tawaran diskaun saman berkenaan.

Beliau berkata kaunter-kaunter trafik di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri turut dibuka secara serentak dengan tawaran diskaun saman yang sama.

“Sebelum ini, kaunter trafik PDRM di KLCC (Pusat Konvensyen Kuala Lumpur) terpaksa ditutup kerana kepadatan orang awam bayar saman.

Perkara ini memberi cabaran besar kepada PDRM untuk mengawal selia orang ramai dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk memastikan penjarakan fizikal pengunjung dipatuhi,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan mesra di gerai-gerai pameran kementerian dan agensi sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC, di sini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tawaran diskaun saman dilanjut hingga hujung tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker