Resepi Butter Cheese Cake Terlajak Sedap

Resepi Butter Cheese Cake Terlajak Sedap

Bila dengar nama resepi kek ini, mungkin ramai sudah tahu bagaimana teksturnya yang begitu lembut, ringan dan dikatakan juga ianya cair di dalam mulut. Sering dinikmati di waktu petang atau ‘hi tea’ dengan secawan air panas, lagi-lagi bila berkumpul satu keluarga. Meriah!

Perkongsian resepi Butter Cheese Cake dari Puan Khairunnisa Mohammad ini dikhabarkan amat sedap dan mudah juga cara penyediaanya. Kalau anda rasa mengidam kerana lama tak makan kek ini, silakan untuk cuba buat di rumah. Tak perlu nak tempah luar yang mungkin agak tinggi kosnya.

BAHAN-BAHAN:



5 biji telur Gred A
250g butter
250g cream cheese
200g gula
210g tepung superfine (diayak dengan baking powder)
1 sudu kecil esen vanila
1+1/2 sudu kecil baking powder
80ml susu segar

CARA-CARA PENYEDIAANYA:

1. Satukan gula, butter dan cream cheese hingga putih atau gebu.
2. Masukkan telur satu-persatu dan gaul hingga sebati. Masukkan esen vanila dan sambung gaul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar.
4. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci. Bakar pada suhu 160° selama 1 jam atau sehingga masak. Api atas bawah.
5. Bila dah masak, keluarkan loyang dari oven dan hentakkan loyang.
6. Potong masa kek dah sejuk. Makan sejuk-sejuk lagi sedap tau. Selamat mencuba.

NOTA KAKI:



Nak kek tinggi, pakai loyang 7 inci.
Cream cheese bubuh dalam 150g pun okay dah. Tapi kalau nak bubuh 250g, sedap la lagi.
Masa 1 jam tu cadangan saja. Kalau lepas 1 jam tak masak lagi, tambah je masa. Cucuk tengah kek tu. Kalau tak ada adunan lekat, masak dah tu.
Takda tepung superfine, tepung gandum pun boleh. Tambah baking powder jugak. Tapi sedap lagi tepung superfine.

Sumber: Facebook Khairunnisa Mohammad

Resepi Butter Cheese Cake Terlajak Sedap


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker