Lesti Kejora dipukul Rizky Billar

Lesti Kejora dipukul Rizky Billar

Kehidupan romantis pasangan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar yang baru mendirikan rumah tangga awal tahun lalu dikatakan sedang dilanda badai.

Difahamkan, Lesti membuat laporan polis terhadap Rizky apabila mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas suaminya dikatakan mempunyai hubungan sulit.



Laporan itu disahkan seorang pegawai polis di Polres Metro Jakarta Selatan, Nurma Dewi.

“Dia (Lesti) membuat laporan terhadap suaminya apabila didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Dia membuat laporan itu semalam.

“Setakat ini dilaporkan berlaku kekerasan fizikal dan kes ini masih dalam proses siasatan. Semalam pihak kami baru mengambil keterangan. Jadi untuk laporan ini kami perlu mengambil keterangan terlebih dulu,” katanya.

Menerusi laporan yang dibuat, Lesti mendakwa suaminya menjalin hubungan sulit dan meminta Rizky untuk mengembalikannya ke rumah keluarga.



Namun, permintaan itu menyebabkan Rizky berang dan memukul Lesti.

“Kerana sangat emosi, Rizky dilaporkan menolak dan menghempas Lesti ke katil. Dia kemudian dicekik. Lesti kemudian terjatuh ke lantai dan aksi terbabit berlaku berulang kali.

“Rizky juga didakwa menarik tangan kanan Lesti ke arah bilik mandi dan menghempasnya ke lantai sehingga leher dan tubuhnya mengalami kesakitan,” kata seorang lagi pegawai polis berhubung laporan yang dibuat.

Kejadian yang dilakukan di Jalan Gaharu III, Cilandak, Jakarta Selatan itu dikatakan berlaku kelmarin kira-kira jam 1.51 pagi dan 9.47 pagi waktu Indonesia.



Sementara itu, peguam Lesti memberitahu media tempatan wanita itu kini sedang berehat. Lesti akan diperiksa terlebih dulu untuk mengesahkan bukti dirinya dipukul atau berlaku keganasan rumah tangga.

Jika semua bukti kukuh, Rizky yang bernikah dengan Lesti tahun lalu boleh didakwa dan berdepan hukuman penjara selama 15 tahun. HM

Lesti Kejora dipukul Rizky Billar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]



Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker