Fiza Sabjahan sedia terima lamaran

Fiza Sabjahan sedia terima lamaran

Selama lapan tahun hidup bersendirian, pengacara popular, Fiza Sabjahan, 40, sentiasa terbuka hati untuk menerima insan baharu dalam hidupnya.

Fiza berkata, bagaimanapun tidak ramai jejaka yang berani mendekati personaliti TV membuatkan dirinya sukar mencari pengganti.

“Ramai yang menganggap personaliti TV ini mudah mendapat jodoh, sebaliknya tidak. Sebenarnya orang takut nak dekati personaliti TV.



“Saya berasa salah satu faktor utamanya adalah dari segi kerjaya serta apa yang dimiliki seseorang itu. Jadi orang takut nak berkenalan. Sebenarnya saya terbuka kalau ada individu yang nak berkenalan asalkan kami sepadan. Pada peringkat umur sekarang ini saya hanya mencari lelaki yang boleh sama-sama memperbaiki diri.

“Soal rupa paras atau apa yang dimiliki bukan keutamaan saya. Cukuplah sekadar dia boleh melengkapkan dan membahagiakan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen anjuran jenama fesyen muslimah tempatan, Munawwareen yang berlangsung gilang-gemilang dengan menelan kos hampir RM1 juta bertujuan menaikkan martabat fesyen Islamik di negara.

Ditanya mengenai keterbukaan menerima jejaka yang lebih muda berikutan trend selebriti yang berstatus janda atau ibu tunggal mendapat jodoh dengan lelaki muda, Fiza berkata, dia mencari seseorang yang lebih berusia untuk menjadi peneman.

“Saya lebih selesa lelaki yang berusia. Mungkin saya seorang yang matang membuatkan saya perlu mencari lelaki yang lebih tua. Sekurang-kurangnya ada bahu untuk bersandar. Apapun soal jodoh ini aturan Allah. Saya reda dengan ketentuan ini dan andai kata berjodoh lagi saya berharap dipertemukan insan yang baik,” katanya.



Fiza atau nama sebenarnya Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan bercerai talak satu dengan ahli perniagaan pada 29 Januari 2014.

Dalam masa sama, Fiza meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang mengacarakan pertunjukan fesyen yang cukup hebat dan berskala besar.

“Acara ini sangat luar biasa. Pengasas Munawwareen, Datin Aliza Abu Bakar adalah seperti kakak saya. Hubungan kami cukup baik dan bersyukur dengan rezeki ini, lebih-lebih lagi dapat bekerjasama dengan pasukan hebat,” katanya. HM

Fiza Sabjahan sedia terima lamaran




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker