Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan LTTE kumpulan pengganas

Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan pemandu teksi, V. Balamurugan untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengeluarkan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) daripada senarai kumpulan pengganas.

Dalam keputusan mahkamah itu, Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat yang mengetuai panel tiga hakim berkata selepas mempertimbangkan hujahan yang dibangkitkan dan meneliti rekod rayuan, kebenaran ditolak kerana perkara itu berkaitan kepentingan awam.

Beliau berkata lima persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh peguam Balamurugan, 40, tidak memenuhi keperluan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.



Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.
Persoalan undang-undang yang dikemukakan peguam Balamurugan berkenaan skop dan had kuasa Menteri Dalam Negeri dalam mengisytiharkan entiti di bawah Seksyen 66B(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 17 Sept 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Balamurugan untuk membatalkan warta kerajaan yang menyenaraikan kumpulan LTTE sebagai pengganas di negara ini namun gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan yang menolaknya pada 14 April lepas.

Balamurugan memohon suatu pengisytiharan dan/atau deklarasi bahawa butiran mengenai LTTE dalam perintah tersebut tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai manakala kemasukan butiran mengenai LTTE adalah batal dan tidak sah yang ia adalah ultra vires atau melangkaui Perlembagaan Persekutuan

Dia menamakan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.



Balamurugan memohon suatu perintah certiorari bagi membatalkan serta-merta butiran mengenai LTTE di dalam Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pengisytiharan Entiti Ditentukan Dan Kehendak Untuk Melapor) (Pindaan) 2014 bertarikh 12 Nov 2014.

Balamurugan merupakan antara 12 individu yang didakwa pada akhir 2019 atas dakwaan menyokong LTTE.

Bagaimanapun, pada Februari 2020, Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas menggugurkan pertuduhan terhadap mereka.

Pada prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian, peguam Datuk S. Ambiga, Lim Wei Jiet dan Omar Kutty Abdul Aziz mewakili Balamurugan manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Peguam Persekutuan Ng Wee Li mewakili kerajaan.



BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]



Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker