Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Bekas menteri kewangan II Johari Ghani memberi amaran Malaysia ketinggalan berbanding negara jiran, susulan kebimbangan beliau mengenai ekonomi.

Di Dewan Rakyat, Johari (BN-Titiwangsa) menyorot perhatian kepada keadaan ekonomi dan prospek pertumbuhan ekonomi lebih perlahan yang membimbangkan.

“Kerajaan mengumumkan pertumbuhan ekonomi ataupun KDNK pada 2022 yang mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan, malah kalau dari segi peratusan, ada yang mengatakan ianya adalah yang terpantas dalam kalangan negara Asean,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, beliau berkata Dewan Rakyat harus perhatikan pertumbuhan KDNK sebelum wabak Covid-19 melanda, iaitu 2017 hingga 2019, untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, ekonomi negara ketika itu secara purata bertumbuh 5% setiap tahun tetapi dari 2020 hingga 2022, KDNK secara purata sekadar bertumbuh 1.9% setiap tahun.

Ini bermakna Malaysia ketinggalan berbanding Singapura, Indonesia, dan Vietnam dari segi pertumbuhan ekonomi, kerana ketiga-tiga negara jiran itu pulih pada 2021.

“Tetapi dalam konteks Malaysia, 2021 kita masih lagi belum pulih ekonomi kita yang tertinggal atau menguncup pada 2020.

“Sebab itu hari ini kita lihat pada 2022 kita berkembang 8.7% adalah kerana kesan ‘low-base growth’ yang kita ada pada 2021 dan 2022.

“Tetapi yang membimbangkan saya ialah apabila tiba suku tahun keempat. Suku keempat ini kita lihat perkembangan ekonomi kita ini sudah jadi negatif – 2.6% pada suku itu (daripada 1.9% pada suku ketiga),” katanya.

Beliau berkata trend ini membimbangkan, memandangkan Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia hanya akan bertumbuh 4% tahun ini dan 3.9% tahun depan, iaitu masih lebih rendah berbanding purata 5% setiap tahun sebelum wabak melanda.

Sebaliknya, Bank Dunia meramalkan pertumbuhan Indonesia, Filipina, dan Vietnam lebih tinggi, iaitu antara 4.8% hingga 6.5%.

“Inilah angka-angka yang sepatutnya menjadi kebimbangan kita sebagai kerajaan, untuk melihat bagaimana kita boleh terbalikkan trend ini.”

Johari berkata, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia meramalkan pertumbuhan ekonomi sejagat akan terus perlahan, dan perkembangan itu akan memberi kesan kepada dua rakan dagang utama Malaysia iaitu Korea Selatan dan Jepun.

Beliau berkata, ekonomi Korea Selatan dan Jepun dijangka menguncup, dan ia akan memberi kesan kepada Malaysia.

“Pertumbuhan KDNK yang lebih perlahan ini bermakna aktiviti ekonomi yang juga lebih perlahan, penciptaan pekerjaan yang berkurang, dan pendapatan isi rumah yang tidak dapat menampung kos sara hidup rakyat.

“Ini lumrah apabila ekonomi tak berkembang,” katanya. FMT

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker