Muhyiddin serang Ismail petanda PRU15 makin hampir
Muhyiddin serang Ismail petanda PRU15 makin hampir
Seorang penganalisis politik melihat kritikan terbuka Perikatan Nasional (PN) terhadap Jemaah Menteri pimpinan Ismail Sabri Yaakob sebagai tanda pilihan raya umum ke-15 (PRU15) semakin hampir.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, serangan terbuka itu, terutama terhadap dasar ekonomi adalah luar biasa.
Beliau memberitahu, isu sedemikian biasanya akan dibiarkan saja, tidak seperti perbalahan antara Barisan Nasional (BN)dan PN.
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, katanya, secara terbuka mengkritik Ismail dan menyindir pentadbiran ketika ini tidak cekap.
“Muhyiddin cuba menarik lebih ramai pengundi ke pihaknya dan mendesak pilihan raya diawalkan. Ini bermakna PRU15 semakin hampir,” katanya.
Azmi juga melihat kritikan Muhyiddin itu sebagai serangan terhadap Umno memandangkan Ismail adalah naib presiden parti itu.
Katanya, Muhyiddin meletakkan Ismail dan Umno di kedudukan sukar, apabila beliau mendakwa banyak cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN), yang dipengerusikannya, tidak dipertimbangkan kerajaan.
“Sukar untuk Ismail dan Umno mempertahankan diri mereka kerana ekonomi tidak berada dalam keadaan baik.”
Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, hanya 16 daripada 69 cadangan kepada Jemaah Menteri dilaksanakan sepenuhnya, manakala 30 lagi masih dalam proses, 14 belum dilaksanakan dan sembilan menunggu keputusan Jemaah Menteri.
Serangan terbaharu Muhyiddin terhadap Ismail menyusul lebih seminggu selepas beliau menyarankan Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15, jika Ismail gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.
Ismail membalas kritikan Muhyiddin dengan berkata, jika kerajaan dikatakan gagal menguruskan ekonomi dan negara, ia bermakna MPN juga gagal apabila ditugaskan menjadi penasihat kepada kerajaan.
Seorang lagi penganalisis dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, Muhyiddin bersikap “optimis dari segi politik” dengan menyerang Ismail secara terbuka.
“Bagaimanapun, memang ada kekecewaan dalam kalangan komuniti perniagaan.” FMT
Muhyiddin serang Ismail petanda PRU15 makin hampir
Baca Artikel Menarik:
- Ebit Lew ‘orang besar’, pengadu takut buat laporan, mahkamah diberitahu
- Kapal Angkasa Kecil NASA DART Hentam Asteroid Dimorphos [VIDEO]
- Pekerja Pembinaan Maut Tertimbus Runtuhan Konkrit
- Madrasah Darussolihin tuntut ganti rugi RM20 juta, permohonan maaf
- Mahathir dan Anwar penjahanam
- Hipokritnya Rafizi, redah banjir bawa fitnah
- DAP kunci mulut berhubung kritikan Ronnie Liu
- Sanggah kenyataan Muhyiddin: Ahli PAS diminta setia kepada arahan Mursyidul AM
- Syarahan ekonomi Rafizi setaraf persediaan pelajar SPM – Shaiful
- Bersatu mungkin tak sokong Bajet 2023 – bekas menteri
- Patuh atau keluar, pindaan DAP tidak demokratik – Ronnie Liu
- Wanita diperkosa depan suami
- Jet pejuang lakukan aksi lagak ngeri, nyaris langgar jambatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut
Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.