Ismail Sabri ucap tahniah kepada Mohammed bin Salman

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan ucapan tahniah kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MbS) yang diumumkan sebagai Perdana Menteri Arab Saudi pada Rabu.

Menerusi satu hantaran ringkas di Facebooknya, Ismail Sabri berkata, pelantikan itu diharapkan dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.



“Malaysia berharap akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala di bawah pimpinan Yang Amat Mulia khususnya dalam meneroka bidang kerjasama baharu dengan Arab Saudi,” katanya pada Rabu.

MbS yang telah menjadi ‘pemerintah de facto’ kerajaan selama beberapa tahun, sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan di bawah Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Jawatan Menteri Pertahanan kini diambil alih adiknya, Khalid bin Salman yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Pertahanan, menurut dekri Raja Salman yang diterbitkan oleh agensi akhbar rasmi Arab Saudi.

Ketua kementerian kritikal lain, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar dan Kementerian Tenaga dikekalkan.



Putera Mohammed, 37 tahun, diangkat sebagai putera mahkota pada 2017 bagi menggantikan bapanya sebagai raja.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah



Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker