Kempen Lapuk ‘Selamatkan Malaysia’ Dikitar Semula – Ketua Puteri UMNO
PH Dan Serpihan Akan Menipu Lagi
Kempen Lapuk ‘Selamatkan Malaysia’ Dikitar Semula – Ketua Puteri UMNO
Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkata sudah hampir tahun 2023, tetapi masih ada lagi laungan ‘Selamatkan Negara’ daripada pemimpin yang sama pernah melaungkannya sebelum ini.
Katanya, mengimbas kembali kempen mereka pada tahun 2016 apabila Dap, PKR, Pan dan PPBM senada kononnya mahu ‘Selamatkan Malaysia’.
“Ini bermakna kempen lapuk akan dikitar semula dengan harapan dapat sekali lagi menipu dan manipulasi rakyat seperti apa yang mereka telah berjaya lakukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.
“Tidak dinafikan pakatan yang diberi nama Pakatan Harapan (PH) akhirnya berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) selepas lebih 60 tahun berjasa membina negara dengan dasar-dasar baik untuk rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Persoalannya, adakah segalanya lebih baik selepas 9 Mei 2018 lalu.
“Adakah prestasi PH selama 22 bulan lebih baik? Adakah prestasi kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri serpihan mereka Perikatan Nasional (PN) lebih baik?”
Tegasnya, tidak cukup dengan janji-janji palsu hingga PH digelar kerajaan ‘kencing rakyat’ akibatnya rakyat menolak mereka dalam siri Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya (PRN) Negeri Sabah, Melaka, Johor dan Sarawak.
“Kita ambil pengajaran daripada apa yang sudah berlaku, semua parti politik sudah diberikan peluang mentadbir kerajaan dan akhirnya rakyat bijak menilai yang mana kaca dan mana permata.
“Yang mana satu kerajaan mampu memastikan kemajuan, kestabilan politik demi kemakmuran rakyat,” ujarnya. –UMNO Online
Kempen Lapuk ‘Selamatkan Malaysia’ Dikitar Semula – Ketua Puteri UMNO
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS dan Muhyiddin makin bercanggah
- Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil
- Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri
- Plot tarikh Pilihan Raya Umum ke-15
- Rakyat sudah lama tahu Bersatu musuhi BN – Zahid
- Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
- Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang
- Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
- Misteri Diego Garcia
- PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
- Zamsaham saman Kafa
- Kerjasama PN seperti retak menanti belah
- Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah
You must be logged in to post a comment.