Saintis temui virus baharu Khosta-2 seakan Covid kebal vaksin

Virus dari keluarga sarbecovirus seakan Covid-19 ini ditemui pada kelawar di Rusia.

MOSCOW – Sejenis virus Covid yang baharu ditemui di dalam kelawar di Russia,  dibimbangi berupaya menjangkiti manusia dan kebal terhadap semua jenis vaksin sedia ada, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Sebuah pasukan penyelidik menemui protein daripada virus kelawar itu dikenali sebagai Khosta-2 yang boleh menjangkiti ke sel manusia.

Tidak seperti jangkitan Covid-19 yang lain, ia didapati kebal terhadap semua jenis antibodi dan populasi serum yang melindungi masyarakat pada ketika ini.

Penulis kajian itu, Michael Letko menggesa agar vaksin universal segera dibangunkan untuk membantu melindungi manusia daripada virus berbahaya lain yang terdapat di habitat liar.

Letko  yang juga pakar virologi Jabatan Kesihatan Awam Paul G. Allen di Universiti Washington State (WSU)  berkata,  kuman dalam keluarga sarbekovirus yang menular dalam hidupan liar di luar Asia termasuk Russia di mana virus Khosta-2 itu ditemui, turut memberi ancaman terhadap kesihatan global dan kempen vaksinasi Covid-19.

Sarbecovirus merupakan kumpulan virus mewakili tiga wabak koronavirus  yang diketahui sekarang termasuk   SARS-CoV1, SARS-CoV2 atau COVID-19.

“Secara genetik, virus Rusia pelik ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan apa yang pernah ditemui sebelum ini.

“Namun apabila kami mengkaji lebih lanjut, kami benar-benar terkejut apabila mendapati ia boleh menjangkiti sel manusia,”kata Letko.

Saintis- saintis telah menemui beratus-ratus sarbekovirus sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan majoritinya ditemui di Asia.

Virus Khosta-1 dan Khosta-2 ditemui dalam kelawar Russia pada 2020, manakala ujian awal mendapati ia tidak menimbulkan ancaman kepada manusia.

Pasukan dari WSU mendapati Khosta-2 boleh menggunakan protein spike untuk menjangkiti sel dengan melekat pada protein reseptor.

Ujian selanjutnya menunjukkan Khosta-2 tidak boleh dihapuskan oleh vaksin semasa.

Antibodi daripada orang yang dijangkiti varian Omicron juga didapati tidak berkesan.

“Pada masa ini, terdapat kumpulan yang cuba menghasilkan vaksin yang bukan sahaja melindungi daripada varian SARS-2 seterusnya tetapi melindungi kita daripada kumpulan keluarga sarbecovirus secara umum,” jelas Letko. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker