Kenyataan GRS isyarat batu nisan buat Bersatu – Razlan

Kenyataan GRS isyarat batu nisan buat Bersatu – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Razlan Rafii mengingatkan parti-parti politik sedia ada supaya tidak mengikut jejak langkah Bersatu yang disifatkannya menanggung kerugian atas tindakan yang lalu.

Peringatan itu dibuat selepas Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor berkata GRS akan terus menyokong calon BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.



Kenyataan ketua menteri Sabah itu merupakan respons balas GPS kepada kenyataan Muhyiddin selaku pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan presiden Bersatu yang mengisytiharkan BN sebagai musuh utama mereka.

“Mengejar untung politik yang besar, sanggup menikam rakan di Sabah sehingga mahu melihat batu nisan Umno di Negeri di Bawah Bayu, akhirnya Bersatu gigit jari, kerugian yang tak sudah,” katanya.

Sebelum Muhyiddin membuat pengumuman tersebut, PAS mengeluarkan kenyataan menyatakan pendirian parti terbabit bahawa BN bukanlah musuh mereka.

Kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan itu jelas bertentangan dengan pendirian diumumkan Muhyiddin pada 24 Sept lalu.



Untuk rekod Hajiji merupakan pengerusi Bersatu dan PN Sabah.

Razlan berkata pemimpin Bersatu Sabah sendiri kini memberi gambaran bahawa organisasi terbabit tidak lagi bersama dengan Muhyiddin walaupun ahli parlimen Pagoh itu merupakan presiden mereka.

“Pemimpin Bersatu di Sabah mempunyai kekuatan di pusat, mereka mempunyai naib presiden dari Sabah yang menang bertanding baru-baru ini.

“Namun, apa yang tergambar dengan kenyataan ketua menteri Sabah itu menunjukkan ‘batu nisan’ untuk Bersatu sudah tersedia, hanya menunggu untuk dikuburkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Hajiji semalam berkata demikian kerana menurutnya, gabungannya telah berjanji untuk bekerjasama dengan BN untuk bersama-sama membangunkan Sabah.

Mengulas lanjut, Razlan berkata respons GRS terhadap kenyataan Muhyiddin itu adalah satu balasan kepada Bersatu.

“Ia adalah akibat perangai pemimpin mereka sendiri, sebuah parti kecil yang sering mahu menjadi abang besar, tidak mengukur baju di badan sendiri. Retak menunggu belah.

“Justeru, peringatan kepada semua parti politik: jangan ikut perangai Bersatu.



“Perjuangan itu bukan untuk jalan singkat mendapat kuasa, perjuangan itu bukan untuk kepentingan diri, ia adalah pengorbanan demi kelangsungan dan kepercayaan kepada dasar parti,” katanya. Mk

Kenyataan GRS isyarat batu nisan buat Bersatu – Razlan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker