Raja Petra kalau rindu pulanglah tapi kena ikut prosedur – Saifuddin

Raja Petra kalau rindu pulanglah tapi kena ikut prosedur – Saifuddin Nasution

Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin, diingatkan supaya tidak menjadikan dirinya seperti mangsa selepas mendakwa kerajaan tidak membenarkannya pulang ke tanah air.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sebagai rakyat Malaysia, Raja Petra boleh pulang, namun perlu mengikut prosedur sepatutnya.

Katanya, penulis blog terbabit boleh menulis surat kepadanya dan memohon secara rasmi untuk pulang ke tanah air.

“Pertama sekali kenapa Raja Petra berada di Manchester sekarang, dia lari terhadap satu tindakan mahkamah, kes saman dan dia kalah, jadi dia larilah.

Kalau dia pulang, kena ikut prosedur sepatutnya. Dia rakyat Malaysia, dia mesti ada dokumen perjalanan sewajarnya. Dia boleh tulis kepada saya, kalau dia rindu sangat nak balik, dia pun rakyat Malaysia, dia cuma perlu buat benda yang betul,” katanya pada sesi temubual bersama media semalam.

Raja Petra sebelum ini mendakwa, kerajaan tidak membenarkannya pulang ke tanah air dan bukannya menjadi pengecut seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau berkata, pelbagai cara sudah dilakukannya untuk pulang ke Malaysia sejak 2013, termasuk mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Saifuddin Nasution berkata, jika isu utama Raja Petra tidak dapat pulang ke Malaysia kerana tiada dokumen perjalanan kerana dibatalkan atau dikenakan perintah sekatan, beliau boleh mengemukakan permohonan secara rasmi.

“Dia nak ‘play victim’ ke, niat dia apa, jalur undang-undangnya ialah dia kena berurusan dengan siapa, bukan dengan Menteri Belia dan Sukan atau Menteri Pertanian tetapi dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri).

“Soalannya, adakah dia sudah berbuat demikian, bila surat dihantar? Siapa (pegawai) Bukit Aman yang dia hubungi? Seseorang yang nak mengembara, dia perlu ada dokumen perjalanan.

“Jadi untuk Raja Petra, jangan play victim, kalau ikhlas nak pulang, amat dialu-alukan,” katanya. BH

Raja Petra kalau rindu pulanglah tapi kena ikut prosedur – Saifuddin Nasution

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia

Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker