Apa itu merpati? – Shafee
Apa itu merpati? – Shafee
Peguam kepada Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, menolak dakwaan layanan istimewa diberikan kepada bekas perdana menteri itu yang sebelum ini tular di media sosial dengan rujukan nama ‘Kod Merpati’.
Muhammad Shafee berkata, dakwaan bahawa anak guamnya itu menerima layanan istimewa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pemantauan lanjutan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) adalah mengarut.
“Apa itu Merpati?” soal peguam itu ketika diajukan soalan oleh pemberita selepas prosiding perbicaraan sesi pagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi.
Peguam itu berkata, jika Najib mendapat layanan istimewa, sudah tentu beliau akan diberi bilik khas untuk makan tengah hari di mahkamah ketika prosiding berhenti rehat.
“Sangat mengarut. Ia adalah bilik standard (di HRC) bagi sesiapa sahaja yang memerlukan rawatan dari penjara .
“Saya mahu melawatnya pada Sabtu dan Ahad lalu sebagai peguamnya kerana baru balik dari Melbourne, mereka beritahu tidak boleh beri pengecualian banyak kali. Ia sama sahaja seperti ketika saya berurusan dengan banduan lain.
“Jadi apa yang istimewanya saya tidak faham. Mungkin berhubung makanannya kerana tidak boleh makan pedas dan berminyak disebabkan oleh ulser perut yang dihadapi.. secara umum mereka memantau pemakanannya.
Muhammad Shafee berkata, Najib menjalani rawatan fisioterapi di HRC yang berkemungkinan berkaitan beberapa keadaan kesihatan seperti masalah lutut dan belakang yang dihadapinya ketika menjadi perdana menteri.
Katanya, Najib disyorkan menerima rawatan di HRC kerana rawatan diterima di HKL tidak memadai.
Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Beliau dimasukkan ke HKL minggu lalu dan dikatakan menghadapi masalah ulser perut dan darah tinggi.
Dakwaan layanan istimewa kepada Najib antaranya membabitkan pengubahsuaian ruang penjara dan rancangan untuk membawanya ke HRC bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan orang kenamaan (VIP). BH
Apa itu merpati? – Shafee
Baca Artikel Menarik:
- PAS dan Muhyiddin makin bercanggah
- Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil
- Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri
- Plot tarikh Pilihan Raya Umum ke-15
- Rakyat sudah lama tahu Bersatu musuhi BN – Zahid
- Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
- Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang
- Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
- Misteri Diego Garcia
- PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
- Zamsaham saman Kafa
- Kerjasama PN seperti retak menanti belah
- Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah
You must be logged in to post a comment.