Amerika cuba pecah belah Asia – Russia
Amerika cuba pecah belah Asia – Russia
Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov menuduh Amerika Syarikat (AS) sebagai cuba memecah-belahkan rantau Asia atas nama strategi Indo-Pasifik, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.
Ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB di New York kelmarin, Lavrov mendakwa bahawa Barat menganggap mereka ‘ketua dunia’ serta turut menuduh AS ‘bermain dengan api’ dengan menawarkan bantuan ketenteraan buat pulau tersebut.
Beliau turut menggambarkan AS cuba mencipta model unipolar di dunia ini dengan bertopengkan perintah berasaskan peraturan.
Unipolar adalah keadaan di mana dunia didominasi oleh sebuah negara atau kuasa ketenteraan dan ekonomi serta pengaruh sosial dan kebudayaan.
“Barat memperkenalkan garisan pemisah di serata bahagian di sepanjang sempadan konfrontasi dengan blok lain.
“Sama ada anda bersama kami (AS dan sekutu) atau menentang kami. Tiada pilihan ketiga dan tiada kompromi,” kata Lavrov.
Dakwaan Lavrov itu ditegaskan beberapa hari selepas Presiden Joe Biden menerusi satu temu bual minggu lalu mengaku pasukan tenteranya akan mempertahankan Taiwan sekiranya diserang Beijing.
Hubungan AS-China semakin tegang sejak Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi membuat lawatan ke Taiwan Ogos lalu bagi menunjukkan sokongan kepada pulau itu.
Sebagai tindak balas ke atas tindakan tersebut, Beijing melancarkan siri latihan ketenteraan berskala besar di sekitar pulau tersebut.
Dengan membandingkan kemaraan NATO di timur dengan strategi Indo-Pasifik, Lavrov berkata, Washington kini secara palsu menggambarkan keselamatan wilayah itu sebagai tidak berbelah bahagi.
Pentadbiran Biden pada Mei lalu melancarkan strategi Indo-Pasifik dengan menyeru kerjasama berterusan dengan rakan sekutu dan institusi di wilayah tersebut serta menjangkauinya.
Dalam pada itu, Menteri Luar China, Wang Yi dalam persidangan yang sama menegaskan pendirian Beijing dalam polisi berkaitan Taiwan.
“Mereka yang mencetuskan peperangan akan membakar diri sendiri.
“Tiada negara seharusnya mendahului negara lain dan tiada yang boleh menyalahgunakan kuasa untuk membuli negara berdaulat yang lain,” kata Wang Yi. K Online
Amerika cuba pecah belah Asia – Russia
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.