Muhyiddin tiada hak bersuara dalam isu ekonomi negara
Muhyiddin tiada hak bersuara dalam isu ekonomi negara
Oleh Shen Yee Aun
MEMETIK kenyataan media Muhyiddin Yassin yang berbunyi jika Perdana Menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya kerajaan baharu yang lebih cekap.
Beliau turut menambah kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan keadaan ekonomi pasca pandemik memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat.
Adakah Muhyiddin sedang menampar muka beliau sendiri apabila selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara sendiri membuat dakwaan ekonomi negara kita kini meruncing?
Jika begitu lebih baik letak jawatan. 3 fakta ekonomi menyangkal fitnah Muhyiddin.
1.0 KDNK Ketika Muhyidin Yassin menjadi Perdana Menteri dengan dasar PKP yang tidak konsisten yang sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan akhirnya KDNK Malaysia pada tahun 2020 menjunam kepada -5.5% pada 2020.
Dalam era Ismail Sabri pula walaupun segala kerosakan ekonomi lampau yang ditadbir oleh Muhyiddin akhirnya berjaya memperkembangkan ekonomi negara kepada KDNK 8.9% dan kadar ini merupakan kadar tertinggi di seluruh ASEAN.
2.0 Pengganguran Kadar pengganguran meningkat kepada 5.3 peratus (pada Mei 2020) semasa Muhyiddin menjadi PM dan apabila Ismail Sabri ambil alih kurang daripada setahun kini turun kepada 3.8%.
3.0 Nilai mata wang Sebelum BN hilang kuasa nilai mata wang negara pada kadar 3.86. Namun begitu , selepas Muhyiddin mengambil alih mata wang negara kita susut sampai tahap 4.39 berbanding dollar.
Ini merupakan peningkatan sebanyak 0.53 sen ! Mata Wang Malaysia terkini pada kadar 4.55 sen sebenarnya hanyalah peningkatan sebanyak 0.16 sen berbanding zaman pentadbiran Muhyidin.
Yang bezanya pada ketika itu nilai mata wang negara dilaporkan oleh media asing merupakan mata wang paling tercorot di ASIA.
Kini walaupun ringgit kita pada kadar RM 4.55 tetapi pada masa yang sama nilai ringgit meningkat berbanding mata wang besar dunia yang lain iaitu Yen Jepun sebanyak 14.2%, Pound Sterling sebanyak 8.2% dan Euro sebanyak 4.5%. MG
Shen Yee Aun Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia.
Muhyiddin tiada hak bersuara dalam isu ekonomi negara
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.