Kami tak gentar Muhyiddin isytihar ‘perang’ – MCA
Kami tak gentar Muhyiddin isytihar ‘perang’ – MCA
Barisan Nasional (BN) tidak akan gentar dengan pengisytiharan perang Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin terhadap gabungan itu, kata Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon.
Chong berkata, masa Muhyiddin mengisytiharkannya “tidak munasabah” kerana Putrajaya sedang mendesak pemulihan ekonomi berikutan pembukaan semula sempadan negara.
“MCA dan BN tidak akan gentar dengan cabaran PN ini. Kita sudah lama bersedia untuk menghadapi mana-mana parti atau kem politik,” katanya.
Chong berkata, hubungan antara BN dan PN berbentuk konfrontasi dan persaingan walaupun seawal pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor.
“Walaupun begitu, BN berjaya memenangi mandat pengundi,” katanya.
Chong berkata, BN dan MCA sudah lama menjangkakan mereka akan menghadapi serangan dua penjuru daripada PH dan PN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Tambahnya, akar umbi dan jentera kempen bersedia untuk berdepan serangan daripada mana-mana pihak lawan.
Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, BN adalah musuh utama PN pada PRU15 dan PN tidak perlu takut untuk bertembung dengan gabungan itu. FMT
Kami tak gentar Muhyiddin isytihar ‘perang’ – MCA
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.