Wanita tertekan cuba terjun Jambatan Tendong [VIDEO]

 

Imam Tua Masjid Al-Hanan di Tendong, Ismail Ibrahim (kiri) cuba menenangkan mangsa dengan bacaan ayat-ayat al-Quran di Jambatan Sultan Ismail Petra, Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Cubaan seorang wanita untuk terjun dari Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong di sini hari ini gagal apabila dia berjaya diselamatkan penduduk kampung dan pengguna jalan raya yang melalui lokasi tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu dilihat berjalan kaki di atas jambatan yang turut dikenali sebagai Jambatan Tendong sebelum cuba untuk terjun ke dalam Sungai Kelantan.

Saksi kejadian, Mohd. Suazhar Abdullah, 48, berkata, wanita yang tidak diketahui identitinya itu dilihat berjalan tanpa arah dari Kampung Kutan, Tumpat menghala ke Tendong seolah-olah seperti sedang kemurungan.



Menurut Pengetua Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Ulum Padang Embun itu, sebelum kejadian, dia melihat wanita itu di Kampung Kutan semasa dalam perjalanan membeli nasi berlauk di Pasir Pekan, Tumpat.

“Semasa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Tendong, saya sekali lagi lihat wanita itu masih lagi berjalan kaki berdekatan lampu isyarat simpang tiga menghala ke jambatan.

“Melihat kepada keadaannya itu, saya mengekorinya dengan kereta dan melihat dia pergi ke tangah jalan sebelum ke tepi jambatan untuk terjun. Ada pengguna jalan raya lain menahannya, namun tindakan itu membuatkan dia marah,” katanya yang juga merupakan perawat rawatan Islam Darussyifa’ di sini.

Mangsa dilihat semakin tenang selepas diselamatkan orang awam daripada terjun dari Jambatan Sultan Ismail Petra Tendong, Pasir Mas hari ini.

Menurutnya, dia cuba menenangkan wanita itu dengan ayat-ayat Ruqyah sebelum mangsa kelihatan sedikit tenang.



Katanya, melihat kepada keadaannya, wanita itu seperti sedang mengalami tekanan perasaan dan hasil pujukan orang ramai berjaya mengelakkan mangsa daripada terjun jambatan tersebut.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker