Persatuan Penyokong Bolasepak (FSA) Bimbang Nasib Penyokong Piala Dunia Di Qatar

Bilik Suram Harga Tinggi?

Persatuan Penyokong Bolasepak (FSA) Bimbang Nasib Penyokong Piala Dunia Di Qatar

BAHANG Piala Dunia 2022 Qatar semakin dirasai selepas ia dijadualkan berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember ini.

Pertama kali dianjurkan di Dunia Arab iaitu negara yang mempunyai majoriti Muslim, pastinya pelbagai perkara diberi perhatian oleh peminat tegarnya yang bakal menyaksikan perlawanan secara langsung.

Menerusi laporan Mail Online, poster kapten England, Harry Kane setinggi 30 kaki (9 meter) dilihat mewarnai bangunan pencakar langit di tengah Doha.

Ia menjadikannya bahagian dominan dalam landskap visual di jalan ke pusat media Piala Dunia, di mana setiap sidang akhbar pra-perlawanan akan diadakan semasa kejohanan.

Selain itu, Luis Suarez, Luka Modric, Virgil van Dijk dan Sadio Mane adalah antara 13 pemain yang turut ‘dipamerkan’ di sekeliling bangunan.


Malah dikatakan, bintang bola sepak akan digambarkan oleh negara tuan rumah di mana-mana sahaja, seperti slogan kejohanan, ‘Now Is All’.

Bagaimanapun, penyokong luar yang bakal memasuki negara tersebut diingatkan supaya lebih berhati-hati kerana terdapat fasiliti yang khusus untuk keluarga dan wanita sahaja meskipun mereka berpeluang menaiki Metro secara percuma.

Bagi aspek penempatan pula, Persatuan Penyokong Bola Sepak (FSA) menzahirkan kebimbangan berikutan 80 peratus hotel utama di Doha telah diambil oleh FIFA.

Vila dan pangsapuri termurah yang berharga sekitar £70 (RM364) semalam juga sudah penuh.

Namun dijangkakan 20,000 lagi bilik akan tersedia dalam beberapa minggu akan datang, terdapat tergesa-gesa untuk menyelesaikannya tepat pada masanya.

Terdahulu, Piala Dunia 2022 Qatar dengan slogan ‘Now Is All’ akan berlangsung di lapan stadium rasmi di Qatar melibatkan 32 negara. – Mail Online

Persatuan Penyokong Bolasepak (FSA) Bimbang Nasib Penyokong Piala Dunia Di Qatar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker