Festival Permainan Malaysia di Dataran Merdeka

Festival Permainan Malaysia di Dataran Merdeka

Seramai 1,368 peserta terdiri daripada badan beruniform dan sektor korporat terlibat dalam Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2022 (FPM@KL 2022) yang berlangsung bermula 23 – 25 September 2022 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Festival anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menerusi JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini mengangkat permainan Malaysia sebagai teras program, disokong pelbagai pengisian lain.

Program yang telah memasuki tujuh ketujuh penganjurannya ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti pertandingan permainan tradisional dan interaktif, pameran, demonstrasi, persembahan serta jualan.

“Festival ini diharap akan terus menjadi acara tahunan negara dalam mengangkat dan memulihara kesenian dan kepelbagaian warisan tradisi rakyat Malaysia.

“Selain itu, festival ini diharap dapat menyediakan peluang menjana pendapatan kepada usahawan seni budaya serta membantu para NGO seni budaya melalui acara sebegini,” kata Norazman bin Othman yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Pengisian utama FPM@KL 2022 adalah pertandingan permainan tradisional di antara badan beruniform dan juga sektor korporat. Selain itu, orang ramai juga berpeluang menyertai permainan lagenda rakyat seperti kelereng, kaki hantu, lari dalam guni berkembar, tarik upih dan guni serta terompah gergasi.

Aktiviti lain yang disediakan adalah pocket bike yang membabitkan pelumba kanak-kanak, pasar basikal, bazar selebriti, jualan produk dan banyak lagi. Turut diadakan Pertandingan Gasing Pangkah dan Kejohanan Tarik Tali Terbuka Malaysia.

Dua pasukan dari luar negara iaitu Singapura dan Brunei juga dijangka akan turut serta dalam Pertandingan Gasing Pangkah pada tahun ini.

Bagi memeriahkan lagi penganjuran FPM @ KL 2022, turut diadakan dua acara larian iaitu Larian Keluarga Malaysia dan KL Cultural Fun Run & Ride. Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.raceasia.com. Utv

Festival Permainan Malaysia di Dataran Merdeka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker