Pesohor YouTube Mexico ‘bunuh’ enam orang dalam kemalangan

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang pesohor YouTube di Mexico ditahan selepas menyebabkan kematian seorang kanak-kanak dan lima orang dewasa dalam kemalangan kereta di sebuah lebuh raya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Haisenwolf atau nama sebenarnya Amado Amir Gonzalez, 26, dipercayai menyebabkan kemalangan selepas kereta berkuasa tingginya melintasi lebuh raya dan merempuh sebuah teksi.

Kemalangan maut itu berlaku di lebuh raya Pan-Amerika Atlacomulco-Acambay, demikian menurut media tempatan.



Menurut pendakwa raya negeri, kemalangan itu berlaku pada 18 September lalu, hanya tiga hari selepas suspek menyiarkan klip video di YouTube mengenai ‘penjahat paling teruk di Mexico’.

Kesemua enam mangsa dilaporkan menaiki teksi jenama Nissan Tsuru yang dilanggar oleh sebuah Chevrolet Camaro merah milik Gonzalez.

Nama mangsa masih belum didedahkan, namun dikatakan terdiri daripada tiga lelaki yang masing-masing berusia 26, 35 dan 62 tahun, dua wanita berusia 30 dan 60 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan bawah 10 tahun.

Gonzalez turut cedera dalam kemalangan itu dan dibawa ke hospital di mana dia masih berada dalam tahanan.



Selepas keluar dari hospital, Gonzalez akan diminta untuk memberikan kenyataan kepada pihak berkuasa sebelum menghadap hakim di kemudian hari.

Polis telah membuka siasatan mengenai membunuh tanpa niat berhubung kejadian itu. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker