Berdakwah Di Kelab Malam, Ebit Lew Dipuji Netizen

Berdakwah Di Kelab Malam, Ebit Lew Dipuji Netizen

Baru-baru ini, tular satu video dimana seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew telah berdakwah di sebuah kelab malam di Indonesia. Video itu telah mendapat banyak komen-komen yang positif daripada netizen.

“Malam tadi pergi club malam berjumpa wanita menjadi wanita malam (prostitute) di Jakarta. Ada yang Islam dan bukan Islam .Mereka kenal saya. Katanya selalu lihat di media sosial. Bila minta masa sekejap berbual mereka gembira memberi masa. Mereka minta untuk ambil gambar. Banyak soalan tentang Islam dan hubungan dengan Allah serta rindukan ibubapa. Baik-baik semuanya mendengar dan bertany”-Ebit Lew

Ebit lew mengatakan bahawa wanita yang dia jumpai di kelab malam itu sangat baik dan mereka juga memberi peluang kepadanya untuk berbual-bual mengenai Islam.

Hadiahkan Jubah Dan Tudung

“Saya hadiahkan mereka jubah dan tudung. Mereka suka sangat dapat tudung tu. Doakan kami yer ustaz supaya dapat dekat pada Allah. Terima kasih sudi jumpa dan nasihat kami. Kali pertama orang ceramah di club malam ini. Ulang kali mereka ucap terima kasih” -tulisnya

Ebit menghadiahkan jubah dan tudung kepada mereka dan mereka sangat menyukainya. Mereka juga meminta Ebit untuk mendoakan mereka. Kata mereka, ini kali pertama orang berdakwah di kelab malam.

Hebat dakwah ustaz…

“Tahniah ustaz.. di kelab2 malam di Malaysia pun perlu didatangi oleh pendakwah2-pendakwah Islam untuk berdakwah bukan hanya datang untuk menghukum sahaja.

Maa Syaa Allah semoga mereka bisa menjadi lebih baik kembali ke jalan yg Allah ridhoi, semoga ustaz senantiasa diberikan kesihatan dan kemudahan untuk berdakwah.

Terima kasih Ustaz , semoga Tuhan hadiahkan kebaikan buat mereka semua dan semoga Tuhan gerakkan hati mereka untuk berubah ke arah kebaikan, hati kita ni Tuhan yang pegang kan, mereka semua orang baik baik, di sisi Tuhan kita semua sama -netizen

Semoga dipermudahkan setiap langkah Ebit untuk terus berdakwah di muka bumi ini.

Sekadar info, Ebit Lew mulai dikenali ramai kerana kadangkala menjalani aktiviti-aktiviti sumbangan dan kebajikan berskala besar. Mr

Berdakwah Di Kelab Malam, Ebit Lew Dipuji Netizen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker