Macam mana padi nak hidup?
Macam mana padi nak hidup?
ALOR SETAR – Kira-kira 70 pesawah di Kampung Bukit Sireh, Pokok Sena dekat sini mengeluh apabila sukar mengusahakan bendang ekoran sistem pengairan yang tidak diselenggara sehingga dipenuhi semak samun sejak dua tahun lalu.
Pesawah mendakwa masalah tersebut menyebabkan air tidak dapat mengalir ke kawasan sawah seluas 25 hektar itu.
Menurut pesawah, Mohd. Hassan Abd. Manaf, 35, sistem pengairan di situ sepatutnya diselenggara Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
“Sistem perparitan sepanjang kira-kira dua kilometer kini dipenuhi semak samun dan menyebabkan air tersekat dan tak mengalir ke kawasan sawah.
“Rata-rata pesawah kini terpaksa bergantung kepada air hujan,” katanya.
Menurut Mohd. Hassan, keadaan itu menyebabkan pesawah terpaksa menanggung kerugian kerana memperoleh hasil yang kurang kerana tumbesaran padi terjejas.
“Memang tidak dinafikan MADA ada menyalurkan air pada setiap musim tetapi ketiadaan penyelenggaraan ini menyebabkan air tidak sampai dan masuk ke dalam sawah.
“Sepatutnya pihak MADA perlu sentiasa memantau sistem perparitan itu kerana ia merupakan nadi kepada proses penanaman padi,” ujarnya yang mengusahakan sawah seluas 1.2 hektar.
Pesawah, Abd. Malik Ayob, 58, dari Kampung Telaga Batu pula berkata, air yang tersekat menyebabkan ada beberapa kawasan dilanda banjir.
“Saya berharap MADA dapat menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Bagi Ramli Salleh, 47, dari Kampung Budi pula berkata, dia tidak mengusahakan sawahnya pada musim ini kerana masalah tersebut.
“Kalau saya mengusahakanya, sudah pasti saya akan menanggung kos lebih tinggi lagi. Tanaman padi juga pasti akan terjejas dengan ketiadaan air yang mencukupi.
“Saya berharap pada musim kali ini, MADA dapat turun dan menyelenggara perparitan di sini,” tambahnya. K Online
Macam mana padi nak hidup?
Baca Artikel Menarik:
- Sempat elak banjir kalau Parlimen bubar awal Oktober – Asyraf
- Ganjaran RM150,000 jika jumpa Chong Loong
- Sugar mummy, Fasha Sandha sedia dikecam
- Foto Anwar terima tetamu ketika dirawat di hospital tular
- Hubungan seksual lebih nikmat bila sihat
- Kereta terbabas, lima pelajar UiTM tak dapat hadir konvokesyen
- Serangan Muhyiddin terhadap Ismail bukti politik negara tidak stabil – Zahid
- Anak dara Tiara Jacquelina, ikut wajah arwah ayahnya
- Ismail lebih bagus dari Muhyiddin sebagai PM – Adun PKR
- Ucapan RIP: mufti-mufti berbeza pandangan, ada yang melarang ada yang mengharuskan
- PH tiada harapan dapat undi Melayu dalam PRU-15
- Korang ini Majlis Peguam atau Majlis Penasihat PH? – Asyraf
- Bersatu tidak boleh dibuat kawan: Pemuda UMNO Kedah
- Caprice sedia diheret ke mahkamah
- Bayaran tidak setimpal dan lambat bayar buat guru ‘give up’ dengan KPM
- Upah ‘pelakon’ RM10k untuk rompak dan bunuh suami
Layari Laman Facebook MYKMU.NET