Johari Ghani letak jawatan
Johari Ghani yang baru dilantik menteri perladangan dan komoditi meletak jawatan sebagai pengerusi CI Holdings Bhd hari ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, CI Holdings berkata Johari, 59, bukan lagi ahli jawatankuasa pencalonan dan imbuhan syarikat itu susulan peletakan jawatannya sebagai pengerusi bukan eksekutif bukan bebas.
“Pengarah syarikat itu, Megat Joha Megat Abdul Rahman, 60, yang mempunyai kepentingan langsung 0.62% dalam syarikat itu dilantik semula sebagai pengerusi bukan eksekutif bukan bebas,” kata CI Holdings yang terbabit dalam pembuatan dan pembungkusan minyak makan dalam makluman berasingan di Bursa Malaysia.
Menurut laporan tahunan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023, Johari pemegang saham tunggal terbesar CI Holdings dengan memegang 53.4 juta atau 32.96% kepentingan tidak langsung dalam syarikat itu melalui JAG Capital Holdings Sdn Bhd.
Laporan tahunan itu berkata, Johari dilantik ke lembaga pengarah pada 6 Mac 2019 dan dilantik semula pengerusi bukan eksekutif bukan bebas pada 30 Mei 2019.
Bekas menteri kewangan kedua itu dilantik menteri perladangan dan komoditi baharu dalam rombakan Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pagi tadi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Biodata Amir Hamzah Azizan
- Pembantu MB Selangor akan didakwa berkait hantaran tuju Yang di-Pertua Melaka
- Khaled terkejut bertukar portfolio
- Komitmen terlalu tinggi hingga terlupa nak kahwin
- Saya ditempatkan di asrama perempuan
- Angeline Tan rasa tenang di Tanah Suci
- Alif Satar dedah sebab anjur #GengSubuhMacamJumaat
- PM bukan Melayu, Polis mulakan siasatan terhadap Kit Siang
- Doktor tidak profesional diberi teguran oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak
- Ajal terkena renjatan elektrik ketika buat sarang burung layang-layang
- Akauntan disyaki dibunuh, mayat ditemui di tepi jalan
- Sokong Anwar, Rosol dakwa masih setia dengan Bersatu
- Sokongan terhadap Anwar! Murshidul Am beri peringatan tentang ‘baiah’ wakil rakyat
- Buka aib sendiri, boleh ke?
- Mimi Lana, Syafiq Kyle jadi kahwin tak?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zara sindir genosid di Palestin?