Bersatu tak akan tarik ‘hand brake’ jika tembung BN

Bersatu tak akan tarik ‘hand brake’ jika tembung BN

Bersatu tidak akan berundur jika terpaksa bertembung dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Pemuda Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Bersatu mengenai kenyataan PAS bahawa parti itu tidak bersetuju menganggap BN sebagai musuh pada PRU.

“Kita hormati pandangan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) yang ada pandangan berbeza malah, kita setuju bahawa Pakatan Harapan (PH) musuh politik kami dalam PRU.

“Pada masa sama, kita (Bersatu) kalau dipaksa bertembung dengan BN kita hadap, kita tak akan tarik ‘hand brake’, kita bersedia dari semua sudut termasuk bertembung dengan BN, PH, GTA dan Warisan,” katanya dalam sidang media.

Wan Fayhsal berkata, Bersatu juga akan mempertahankan semua kerusi dimenangi sebelum ini termasuk yang tewas ketika pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Melaka.

Pada 20 Sept lalu, PAS berkata mereka sama sekali tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan BN sebagai musuh dalam PRU15.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata parti itu sebaliknya tetap menegaskan bahawa musuh sebenar penyatuan ummah adalah PH dan sekutunya termasuk “khemah besar”.

Sementara itu, Wan Fayhsal berkata pembahagian kerusi bagi PN akan dimuktamadkan Oktober ini.

Katanya, bagi kerusi Bersatu pula, sehingga kini pihaknya “berpegang kepada kuota 30% untuk anak muda”.

“Kita serah kepada presiden untuk tentukan berapa kerusi cuma pihak kepimpinan parti setuju dengan pendirian tersebut, akan beri ruang seluasnya kepada Pemuda dan Wanita untuk letakkan di kerusi yang berpeluang untuk menang,” katanya. FMT

Bersatu tak akan tarik ‘hand brake’ jika tembung BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker