Kelisa, ‘Mini Cooper Malaysia’ harga makin kasaq
Perodua Kelisa
Kelisa, ‘Mini Cooper Malaysia’ harga makin kasaq
Ramai kalangan peminat kereta mendakwa harga kereta Perodua Kelisa semakin ‘kasaq’ dan tidak banyak dijual di kedai kereta terpakai ‘used car’.
Tinjauan di beberapa laman sosial kelab kereta mendapati, harga Perodua Kelisa semakin ‘mencanak’ naik dan sukar untuk mendapatkan kereta tersebut di bawah harga RM10,000 ketika ini.
Jika pun ada harga di bawah RM10,000, kondisinya agak teruk dan perlu dibaiki atau dicat semula.
Menjengah ke ruangan komen peminat kereta tersebut, mereka mendakwa harga kereta itu kini semakin mahal kerana ia sangat efisyen untuk pemanduan sama ada di bandar mahupun di kampung-kampung.
Menurut mereka, kereta terbabit jimat minyak, senang ‘parking’, alat ganti murah, serta binaan ‘badan’ kereta yang kelihatan lebih tegap dan kukuh berbanding model gantiannya sama ada Perodua Viva mahupun Perodua Axia.
Dakwa pengguna lagi, bagi alat ganti pula, kebanyakan alat gantinya senang diperolehi, murah dan banyak kedai potong (halfcut) menjualnya.
Maka kata pengguna, tidak hairanlah kenderaan yang menjadi jolokan ‘Mini Cooper’ Malaysia ini kini semakin laku di pasaran ketika ini.
Berkongsi pengalaman menggunakan kenderaan itu, seorang pengguna dikenali sebagai Abu K-car berkata, dia telah menggunakan kereta tersebut hampir 10 tahun.
Katanya, kereta ini tidak pernah mendatangkan banyak masalah kepadanya dan hanya perlu selenggara mengikut jadual yang ditetapkan.
“Macam alat ganti pula senang dapat, harganya pun murah, ‘halfcut’ pun banyak jual. Bagi saya kereta ini paling senang ‘jaga’ dan tidak banyak ‘ragam’.
“Sebab itu kereta ini cepat laku kalau jual sampai kedai ‘used car’ pun jarang jumpa model ini,” ujarnya. K Online
Kelisa, ‘Mini Cooper Malaysia’ harga makin kasaq
Baca Artikel Menarik:
- Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ
- Ringgit jatuh ke paras RM4.56 berbanding dolar AS
- Najib sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
- Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
- Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi
- Adakah Pas anggap Muhyiddin musuh utamanya sekarang? – Asyraf
- BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham
- Pemandu samseng jalanan di Bandar Tun Hussein Onn diburu Polis
- Janda diserang dan ditetak bekas suami di tepi jalan
- Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap
- Dulu nak Mora out, sekarang nak balik
- Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa
- Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen
- Adik maut dilibas abang guna parang sabit
- Jangan sampai dipijak orang ketiga – Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.