Caprice sedia diheret ke mahkamah

Bekas isteri SM Faisal yang DM

Caprice sedia diheret ke mahkamah

Semalam, media melaporkan mengenai ahli perniagaan Datuk SM Faisal Nasimuddin Kamal telah mengemukakan tuntutan saman kepada penyanyi rap, Caprice mengenai dakwaan fitnah terhadap kes membabitkan bekas isterinya, Emilia Hanafi.

Ini berikutan Caprice ada mengaitkan Faisal dalam satu hantaran video berbaur fitnah di Instagram miliknya pada 28 Jun lalu.

Ditemui mStar Online, Caprice memaklumkan bahawa dia tidak akan meminta maaf kepada Faizal dan bersedia untuk diheret ke mahkamah.

Katanya lagi, ini bukan pertama kali dia mengulas mengenai isu semasa yang mengaitkan banyak pihak.

Caprice juga mendedahkan bahawa Emilia sendiri yang menghubunginya dan mahu berkongsi kisah tersebut kepada orang awam di luar sana.

Kita tetap akan bela mangsa, tidak kisah siapa pun orangnya. Tuan badan sendiri ada DM Caprice minta tolong beri kesedaran tentang kes yang berlaku pada dirinya. Kalau mangsa ada DM kita, memang kita akan tolong.

Menurut penyanyi lagu Baby Sayang ini, dia merasakan bahawa ada wujud pihak tertentu yang cuba untuk mengambil kesempatan dan melaga-lagakan isu ini.

Pertamanya, Caprice rasa seperti ada individu yang mahu viralkan kes ini. Perkara ini sudah dua bulan berlaku dan kami memang sedang menguruskan hal ini.

Sekadar info, usahawan terkenal itu telah didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi di sebuah kediaman di Desa Sri Hartamas, Brickfields, Kuala Lumpur antara pukul 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 November 2015. Bn

Caprice sedia diheret ke mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker