Saya bukan Ah Long – Adam Corrie

Tidak mampu membantu

Saya bukan Ah Long – Adam Corrie

DISEBABKAN kerap menerima mesej langsung (DM) di media sosial yang ingin meminta bantuan kewangan, pelakon Adam Corrie terpaksa membuat pendedahan secara terbuka.

Jelas Adam, dia terpaksa membuka cerita mengenai mesej yang sering diterimanya hampir setiap hari memandangkan dia bukanlah individu yang layak untuk diminta bantuan.



“Saya bukan Ah Long (peminjam wang tanpa lesen). Saya juga tak boleh tolong kalau sahabat ada masalah dengan Ah Long. Saya artis biasa sahaja.

“Setiap hari sama terima mesej minta tolong dari segi kewangan, kena kejar dengan Ah Long, kena kejar bank sebab tak bayar hutang dan macam-macam lagi.

“Saya tak boleh nak ‘payung’ (bantu) dan tolong yang di luar kemampuan saya,” luahnya di Instagram miliknya.

Pun begitu, Adam tetap membantu dengan berkongsi nombor yang boleh dihubungi bagi mendapatkan pertolongan.



“Saya hanya akan berikan link nombor telefon atau link laman sesawang pihak berwajib untuk tuan dan puan hubungi minta bantuan.

“Saya doakan tuan dan puan semua selalu dilindungi Allah daripada segala keburukan serta mara bahaya,” tulisnya. Utv

Saya bukan Ah Long – Adam Corrie


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti



Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker