Cubaan culik budak di Genting Highlands oleh warga asing disiasat polis

Cubaan culik budak di Genting Highlands oleh warga asing disiasat polis

Polis menyiasat satu video tular yang mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik oleh dua wanita warga asing dalam kejadian di Genting Highlands semalam.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya akan mengesan pemilik akaun TikTok yang menyiarkan video itu untuk diambil keterangan dan menjalankan siasatan lanjut.



“Setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan daripada pihak terlibat tetapi pihak keselamatan Genting Highlands membuat laporan semalam berhubung video yang tular itu.

“Polis memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, tular di media sosial mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik dua wanita di Genting Highlands.

Video berdurasi satu minit 20 itu saat dimuat naik akaun TikTok @ALFITRY_AZMI52 sebelum dikongsi laman Facebook Daily Traffic Report.



Dalam video itu, seorang lelaki memberitahu anak rakannya hampir diculik dua wanita warga asing ketika berada di taman tema pusat pelancongan berkenaan. FMT

Cubaan culik budak di Genting Highlands oleh warga asing disiasat polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti



Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker