Ismail beri jaminan kaum India tidak dipinggirkan

Ismail beri jaminan kaum India tidak dipinggirkan

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan komuniti India di negara ini tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan.

Mengambil semangat Keluarga Malaysia “no one will be left behind” (tiada siapa akan ketinggalan), Ismail berkata kerajaan telah meluluskan pelbagai peruntukan dan inisiatif bagi masyarakat India khusus untuk membasmi kemiskinan, pembangunan sosial, sosioekonomi dan kesejahteraan kaum itu.



“Antaranya RM100 juta di bawah Mitra (Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia) bagi membasmi kemiskinan dan pembangunan sosial masyarakat India bawah Kementerian Perpaduan. Sebanyak RM25 juta bagi program pembangunan usahawan masyarakat India.

“Ini antara inisiatif kerajaan untuk Keluarga Malaysia daripada masyarakat India. Sebagai tambahan terhadap usaha sedia ada mesyuarat Kabinet juga telah meluluskan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (JKMPSI) yang dipengerusikan oleh saya sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Briged MIC Kebangsaan dan Pameran Pencegahan Jenayah.

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan dan Presiden MIC SA Vigneswaran.

Perdana menteri berkata, penubuhan jawatankuasa itu membuktikan Keluarga Malaysia daripada masyarakat India amat penting dalam pentadbirannya.



Beliau berkata, ketika ini MIC sedang membuat libat urus dengan semua pihak berkepentingan sebelum semua cadangan daripada masyarakat India dibawa dalam mesyuarat JKMPSI dalam masa terdekat,

Selain itu, Ismail berkata kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai latihan peningkatan kemahiran dan pemahiran semula, ekonomi gig serta program lain yang memberi manfaat kepada golongan belia India di samping kerajaan turut memperuntukkan RM50 juta untuk membantu usahawan dan peniaga kecil kaum India.

“Untuk AIMS (Program Mobiliti Antarabangsa Asia untuk Pelajar), sebanyak RM25 juta telah diperuntukkan untuk membantu pelajar-pelajar universiti daripada golongan B40. Perkara ini tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

Walaupun ketika Covid-19 melanda negara tetapi peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) tetap diberikan kepada SJKT seluruh negara dengan jumlah RM39 juta. Itu sewaktu Covid-19 dan saya yakin apabila keadaan pulih seperti biasa kita akan berikan peruntukan seperti yang telah kerajaan berikan sebelum Covid-19 melanda negara,” katanya.



Mitra bawah JPM

Dalam pada itu, Ismail meluluskan peruntukan RM2 juta untuk pelajar kaum India daripada golongan miskin tegar selain beliau bersetuju dengan cadangan Vigneswaran untuk meletakkan Mitra kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri dan penubuhan Yayasan Mitra.

Mengulas mengenai Briged MIC, perdana menteri yakin pelancaran Briged MIC Kebangsaan itu mampu menjadi tonik tambahan kepada kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, Briged MIC yang terdiri daripada Wanita dan Pemuda MIC perlu sentiasa bergerak proaktif di setiap kawasan agar dapat menambah bilangan pengundi daripada komuniti India seterusnya memberi kemenangan besar kepada BN.



“Perkara ini membolehkan Briged MIC untuk menjadi satu platform yang bersifat universal dan mendekatkan diri dengan kumpulan sasaran. Langkah pemimpin MIC menubuhkan Briged MIC sejajar dengan tuntutan perkembangan politik semasa terutamanya dengan pelaksanaan Undi 18,” katanya. FMT

Ismail beri jaminan kaum India tidak dipinggirkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker