Farah permata olahraga dalam pembikinan

Farah permata olahraga dalam pembikinan

Usianya baru saja mencecah 14 tahun namun atlet Perak, Farah Syakira Azifsafarin menjadi tumpuan apabila berjaya meraih tempat kedua dalam acara 100 meter (m) lari berpagar yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.

Walaupun tidak berjaya membawa pulang emas namun kejayaan Farah itu membolehkannya dinobatkan sebagai atlet olahraga paling muda memenangi pingat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi 2022.

Farah berkata, Sukma 2022 adalah pentas kejohanan paling besar pernah disertainya dengan rata-rata pesaing berusia lingkungan 19 hingga 21 tahun.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, walaupun gugup beraksi dihadapan ribuan penyokong dan venue yang besar namun dia menyimpan impian mahu melakukan kejutan dengan membawa pulang pingat untuk Perak.

“Saya sebenarnya meletakkan sasaran untuk dapatkan emas namun terpaksa akur kepada kehebatan pesaing dari Kuala Lumpur yang dilihat lebih berpengalaman dan menyerlah menerusi lariannya.

“Sekarang ini, saya mahu memperbaiki setiap larian dan kejayaan pada temasya Sukma 2022 ini sebagai pemangkin untuk menjadi atlet negara pada masa akan datang,” katanya.

Acara 100 m lari berpagar wanita yang berlangsung semalam menyaksikan atlet Kuala Lumpur Eng May Xin memperoleh emas menerusi catatan masa 14.55 saat (s).

Farah Syakira pula berada di tempat kedua dengan catatan masa 14.65 s manakala gangsa menjadi milik atlet Johor Nur Syaqirah Cik Mat Kilau(14.84 s).

Sementara itu, Farah berkata, raja pecut Sukma Muhammad Azeem Mohd Fahmi sebagai sumber inspirasi untuk berjaya selepas melihat usaha dilakukan atlet berkenaan untuk meraih kejayaan di pentas antarabangsa.

“Saya memang kenal Azeem dan melihat sendiri kesusahannya yang bermula daripada bawah apabila pernah menduduki tempat terakhir di kejohanan disertainya sebelum bangkit mencipta nama di pentas olahraga,” katanya. HM

Farah permata olahraga dalam pembikinan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker