Wanita dikecam kerana masih susukan anak lelaki

Wanita dikecam kerana masih susukan anak lelaki

Perth: Seorang ibu di Australia teruk dikecam oleh netizen yang menggelarnya ‘sebagai sakit’ dan ‘pendera’ kerana berterusan menyusukan anak lelakinya yang sudah berusia lima tahun.

Portal news.com memetik Lauren McLeod, 29, mendedahkan alasan dia terus menyusukan anak lelakinya itu.

Dia digelar ‘sakit’ dan dilabelkan sebagai ‘pendera’ apabila masyarakat menganggap ia melebihi tempoh masa normal.

“Namun saya digelar tak betul, menjijikkan, pelik, kasar, mementingkan diri sendiri, mendera anak-anak saya, mengaitkan dengan sensual dan senarai itu berterusan.

“Tetapi sejujurnya saya tidak kisah, kerana saya melakukan yang terbaik untuk anak-anak saya, sama seperti ibu bapa yang membuat pilihan yang berbeza,” kata Lauren.

Sejak dua tahun lalu, dia berpengalaman menjadi doula iaitu peneman wanita hamil sepanjang proses melahirkan dan berpantang.

Katanya, menyusukan anak berusia lima tahun mungkin bukan perkara biasa dalam masyarakat hari ini.

Namun, dia mendakwa tetapi tiada apa-apa yang pelik atau kasar mengenainya kerana baginya dia hanya mahu memberi makan, keselesaan dan menghiburkan anaknya.

Ibu kepada dua anak itu mengumpulkan pengikut yang ramai di media sosial kerana menyiarkan mengenai pengalaman sebenar.

Ia termasuk gambar dia menyusukan dua anaknya serentak iaitu seorang lelaki Bowie berumur lima tahun dan seorang perempuan, Tigerlily berusia dua tahun.

Lauren mengatakan dia tidak pernah merancang untuk menyusukan anaknya sehingga berumur lima tahun.

“Apabila mempunyai Bowie, dalam fikiran saya fikir akan menyusukan dia sehingga umur dua tahun seperti saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Tetapi tahun-tahun terus berlalu dan ia adalah pengalaman yang positif, jadi saya teruskan,,” katanya. HM

Wanita dikecam kerana masih susukan anak lelaki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker